Girls. Pernah tak boyfriend kamu mula-mula bagi full attention, asyik nak bertelefon 24 jam, bagi macam-macam hadiah etc, then bila ada benda yang dia rasa dia tak suka… boom! Hilang macam tu sahaja. Kamu call dia tak jawab, mesej tak respon tapi blue tick. Lepas dah dua tiga bulan menghilang, tiba-tiba muncul semula pula like nothing happens. Kalau bf kamu pernah buat macam ni, please run away!
Orang yang jenis suka menghilang bila ada masalah ni dipanggil silent treatment. People like this biasanya orang yang tak matang. Mereka lebih senang untuk melakukan silent treatment instead of communication. That’s the way mereka punish pasangan masing-masing. Dealing with a toxic, immature and manipulative person sangat memenatkan mental seseorang.
Dalam fasa silent treatment, mangsa akan mula berasa confuse, stress dan mental breakdown sebab orang yang disayangi tu buat mereka macam tu. Then di sanalah mangsa terpaksa membuat pujuk rayu, hantar mesej panjang lebar, belikan hadiah etc semata-mata nak dapatkam respon daripada teman lelaki toxic Tapi malangnya si mangsa tak mendapat respon langsung dan si teman lelaki toxic boleh senang lenang nampak pasangan sendiri menghadapi tekanan pada fasa silent treatment tersebut.
Sebenarnya itulah yang mereka nak. Mereka rasa seronok sebab mereka fikir si mangsa ni tak boleh hidup tanpa mereka. Itulah cara mereka mengawal suatu keadaan. Jadi, lepas ni tentu si mangsa dah tak berani nak buat benda yang menyebabkan teman lelaki toxic tu sakit hati .
Bila teman lelaki toxic dah puas hati dengan perbuatan mereka, maka mereka akan muncul semula secara tiba-tiba dan tanpa rasa bersalah. Alasan paling typikal… “saya sibuk la”. Everybody has 24 hours; the matter is whether you are the priority or just an option. Mereka akan buat benda yang sama berulang kali.
Macam mana nak respon mereka ni? Ignore. Live your life to the fullest. Tak perlu stalk their social media, tak perlu mesej mereka panjang lebar untuk dapatkan respon. Fokus kepada diri sendiri. Buat aktiviti masing-masing. Paling bagus tinggalkan saja orang toxic macam ni. Don’t feed their ego.

No comments:
Post a Comment