The Pleiades a.k.a Seven Sisters ialah asterism kepada cluster bintang yang berjarak 444 tahun cahaya dari Bumi. Pleiades boleh dilihat dengan mata kasar kerana bentuknya yang unik. Jika anda dapat melihat Orion dan Taurus, maka Pleiades juga berada di sekitar itu. Kedudukan Pleaiades adalah selari dengan tiga bintang utama membentuk pinggang Orion. Nak tahu lebih lanjut boleh layari link ini. Pleaiades terdiri daripada bintang berwarna biru (B-type star) yang sangat terang dan terbentuk dalam tempoh 100 juta tahun yang lalu.
Cuaca semalam begitu cantik dan boleh nampak bintang bersinar dengan jayanya. Sebelah kanan (ada tiga bintang berbaris) ialah Orion. Yang tengah dekat awan tu adalah Taurus, manakala The Pleiades berada di sebelah kiri atas tu (star cluster).
Lebih kurang macam ni gambarannya.
-
-
-
-
-
Rupa The Pleiades melalui teleskop. Cahaya bintang yang sangat terang dan kebiruan. Gambar disunting menggunakan Lightroom app (mobile). Equipment - Dobsonian 8” dan smartphone.
Using small telescope.
Nama bagi tujuh bintang The Pleiades. Source.
Masa kecik dulu saya selalu nampak bintang ni. Masa tu saya ingatkan ini la bintang Biduk. Rupanya ini ialah The Pleiades. Kalau nak tengok gambar bintang Biduk, boleh ke post saya di link ini.






No comments:
Post a Comment