January 20, 2026

Carina Nebula Through My Telescope

Nebula ialah awan gergasi di angkasa lepas yang terdiri daripada debu, gas (hidrogen dan helium) dan plasma yang menjadi kelahiran bintang baharu atau sisa bintang yang mati. Nebula berasal dari perkataan Latin yang bermaksud awan. Nebula boleh dilihat dengan bantuan teleskop, tapi apa yang kita tengok live di teleskop tu memang takkan sama dengan gambar yang kita Google dalam internet. Kebanyakan gambar tersebut versi long exposure, melalui process image stacking, dan ditambah baik menggunakan false color agar warna gas tu lebih terserlah. Kalau tengok secara live, kita akan nampak kepulan awan warna putih saja.

Carina Nebula (NGC3372, Caldwell 92) ialah nebula gergasi yang terletak di buruj Carina pada hemisfera Selatan. Nebula ni aktif melahirkan bintang baharu dan berjarak 7,500 tahun cahaya. Carina nebula ni sangat besar iaitu tujuh kali ganda daripada Orion Nebula. Saiznya dianggarkan 260 - 300 tahun cahaya, sekaligus merupakan antara nebula terbesar di galaksi Milky Way. (Satu tahun cahaya bersamaan 9.46 trilion kilometer).

Saya kongsikan gambar Carina Nebula yang saya ambil menggunakan teleskop.

Raw image. Inilah rupa sebenar Carina Nebula. Note: Imej yang saya ambil ni hanya separuh dari Carina Nebula sebab masa ni tak guna wide lens.

After edit. Single image.

Another image. Nampak tak kepulan awan tu.

Gambar Carina Nebula from the Internet (Source)




No comments:

Post a Comment