January 19, 2026

Sun Through My Telescope 🔭

Hari ni saya amik cuti rehat sebab malas nak fikir pasal kerja dulu + cuti rehat masih banyak almost 40 days still available.  

Ingat tak macam mana kita lukis gambar matahari masa sekolah rendah? 🌞 kalau saya dulu confirm mula-mula lukis bulatan, lepas tu ada bucu tajam kat keliling bulatan tu yang menggambarkan cahaya matahari. Haha.

Rupa matahari melalui teleskop memang unik. Bulat macam bola. Untuk melihat matahari dari teleskop perlu ada filter dan saya menggunakan Baader filer. DILARANG sama sekali untuk tengok secara direct kerana ia boleh merosakkan mata.

The best day untuk view matahari ialah semasa cuaca baik dan tak berawan tebal. Di sini saya kongsikan gambar matahari through telescope + Baader filter.

Masa ni agak berawan tapi tak terlalu tebal. Jadi nampak sedikit bertompok halus di dalam gambar. No sunspot during this time… maybe sebab waktu ni solar minimum.

Actually kalau nak tengok view matahari yang lagi detail, the best accessory ialah menggunakan Hydrogen alpha filter (H-alpha filter). Dengan filter ni kota boleh nampak solar prominences, filaments and plages yang tak boleh dilihat dengan cahaya putih. H-alpha filter quite expensive, dalam RM8k juga. Perhaps kalau saya dah ready untuk kembangkan hobi saya ni, I might consider to buy it too.  

Yang ni saya amik gambar di waktu yang berlainan. Saya nak highlight pasal sunspots (tompok berwarna gelap) seperti dalam gambar. Sunspots merujuk kepada ciri magnet dalam fotosfera matahari yang kelihatan lebih gelap berbanding kawasan lain. Suhu di bahagian sunspots matahari lebih sejuk dan tompok ini boleh bertahan selama beberapa hari, minggu atau bulan. 

Sunspots ada dua kategori, yang lebih gelap dipanggil umbra dan yang kurang gelap tu dipanggil penumbra. Walaupun dalam gambar ni kita nampak sunspots tu kecik, tapi sebenarnya sangat besar. 

Saiz sunspot dengan Bumi (source)

Another picture of sunspots di kawasan matahari. And this one pun agak besar juga. For more info mengenai sunspot boleh ke website Nasa SOHO.

Kalau nak tengok gambar partial solar eclipse through my telescope, boleh singgah ke page ini.

No comments:

Post a Comment