February 01, 2026

In Memory of “Cobra Head” Sea Stack 🐍

Bila saya dapat tau batu tunggul ikonik di Taman Negara Bako, Sarawak dah runtuh pada 13 Februari 2024, saya berasa sangat sedih. Sebelum ni Tusan cliff runtuh pada tahun 2020, dan kini giliran sea stack ni lagi. Batu berusia jutaan tahun ini menjadi tempat wajib persinggahan pelancong yang datang ke taman negara ini. 

Saya pernah melawat ke Taman Negara Bako sebab berhajat untuk melihat sendiri seq stack ni. Di samping itu, saya juga berpeluang pergi hiking di sini. Saya share gambar kenangan sea stack yang sempat saya ambil sebelum ini.


Rupa sea stack dari hadapan seperti ular tedung yang menjadikan batu ini unik.


-
-
-
-
-
Perjalanan menaiki boat waktu tu terberhenti sekejap sebab air surut dan perlu menunggu air pasang. Berkat kesabaran, akhirnya dapat juga melihat sea stack dan seterusnya pergi hiking di destinasi. 

Gunung Santubong dari Taman Negara Bako. Cantik sangat. Taman ini terletak 37KM daripada bandaraya Kuching.
-
-
-
-
-

Oleh kerana air surut, boat tak dapat sampai hingga ke tebing. Saya perlu turun dari boat dan berjalan kaki lagi. Serious cantik sangat Taman Negara Bako.

Selepas sahaja sampai di daratan, saya terus ke HQ office dan lepas tu terus pergi hiking. Taman Negara Bako kaya dengan flora dan fauna. Kepada yang melawat ke Kuching dan sukakan alam semulajadi, taman negara ini merupakan satu tempat perlu yang perlu dikunjungi. 


Trails di Taman Negara Bako ada banyak. Ada perjalanan yang jauh, ada yang dekat. I choose Tanjung Sapi Trail. Short but steep climb.




-
-
-
-
-
Taman Negara Bako merekodkan 316 spesies tumbuhan, 22 spesies burung, 24 spesies haiwan reptilia dan binatang berdarah sejuk, 57 spesies mamalia termasuk Proboscis monkey. Kat sini juga ada ikan lumba-lumba. Sesiapa yang bertuah waktu tu boleh tengok ikan lumba-lumba berenang di laut.

Saya terserempak dengan wild boar.

Monkey.

And Proboscis monkeys πŸ™ˆ


No comments:

Post a Comment