Throwback to my visit to Gomantong Cave and Agop Lintanga.
Time ni saya buat short trip ke Sandakan + Kinabatangan untuk sightseeing dan mengunjungi tempat menarik yang ada di sana. Tak pasti dah yang ni kali keberapa saya ke Sandakan sebab dulu masa kerja di jabatan lama, kerap outstation ke Sandakan. Tapi kalau dibandingkan dengan trip kerja dan jalan-jalan, of course trip jalan-jalan tu yang best. 🥸
Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Sandakan mengambil masa lebih kurang enam jam (nanti saya share mana tempat saya pergi di Sandakan). Dari Sandakan ke Gua Gomantong di daerah Kinabatangan pula mengambil masa dua jam perjalanan. Akhirnya saya tiba di destinasi yang dituju.
Entrance gate Gua Gomantong.
Sebelum masuk ke Gua Gomantong, perlu register di kaunter Pejabat Hidupan Liar terlebih dahulu. Entrance fee RM5/dewasa dan RM2/bawah 18 tahun untuk warganegara, manakala RM30/dewasa dan RM15/bawah 18 tahun untuk foreigner. Camera + filming ada cas tambahan dan perlu dapatkan permit terlebih dahulu. Visiting hours 8.00AM - 5.00PM dan last entry pukul 4.00PM. For more info boleh layari website Sabah Tourism Board.
Gua Gomantong terbahagi kepada dua entrance iaitu Simud Hitam dan Simud Putih. Untuk orang awam boleh masuk ke Simud Hitam, manakala Simud Putih adalah restricted area dan hanya boleh dicapai menerusi platform khas.
Rules and regulation.
Trail perjalanan masuk ke gua hanya mengambil masa 10 minit dari registration counter. Di sepanjang perjalanan boleh la menikmati keindahan alam semulajadi serta flora dan fauna.
Orang utan.
Ulat mentibang. Tapi saiz yang ni lebih besar daripada selalu.
Ketinggian pintu masuk gua ialah 300 kaki.
Estimate keluasan Gua Gomantong ialah 3,297 hektar dan terkenal dengan sarang burung layang-layang. Musim harvest sarang burung layang-layang hanya dibuat dua tahun sekali.
Beautiful sunbeam.
Selain burung layang-layang, gua ini dipenuhi lipas, sarang labah-labah, dan najis kelawar.
Sekiranya nak melawat ke Gua Gomantong, make sure pakai pakaian dan kasut yang sesuai. Platform agak licin di dalam gua akibat dipenuhi najis kelawar. FYI - dalam gua ni boleh tahan juga bau dia.
Old building yang terletak berdekatan pejabat Hidupan Liar.
-
-
-
-
-
Selepas melawat Gua Gomantong, saya ke Gua Batu Tulug. Jarak perjalanan dari pekan Kinabatangan ke gua ini ialah 41KM sahaja. Gua ini mempunyai empat entrances iaitu Agop Suriba (bawah), Agop Lintanga (tengah), Agop Sawat (upper) dan Agop Dimunduk.
Saya pilih untuk melawat Agop Lintanga.
Keadaan tangga agak licin. Perlu berhati-hati semasa naik. Walau bagaimanapun, Muzium Batu Tulug kini sedang dalam penyelenggaraan dan temporary close. Sebarang maklumat boleh layari website Sabah Tourism Board.
Keranda di gua ini berumur antara 500 hingga 900 tahun. Setiap keranda diukir dengan corak binatang dan mengikut kepercayaan Orang Sungai.
Kawasan gua begitu gelap. During this time hujan turun dan tak dapat nak melawat semua entrance memandangkan cuaca kurang baik + dah petang. Saya harap suatu hari nanti saya akan kembali melawat ke Gua Gomantong dan Batu Tulug.



























No comments:
Post a Comment