March 01, 2026

Kulit Oren untuk Neutralkan Bau Dalam Bilik 🍊

Cara paling mudah untuk neutralkan bau dalam bilik ialah dengan meletakkan kulit buah oren. Selain buah oren boleh juga gunakan kulit limau, tangerine atau lemon. Langkahnya mudah sahaja. Carik sisa kulit oren dan masukkan dalam satu bekas. Lepas tu letakkan di mana-mana sudut dalam bilik. Saya dah try dan memang berkesan. 

Saya menggunakan kulit limau tangerine. Yang ni ialah China mini tangerine. Isinya manis macam buah limau mandarin.

Saya masukkan kulit oren dalam bekas cawan kertas. Alaskan dengan tisu. Lepas tu saya letakkan di meja bilik tidur. 

No comments:

Post a Comment