Throwback my journey to the heart of Osaka. Sebelum tu, kalau nak baca my trip to Kyoto, Hyogo… atau nak baca my review berkenaan penginapan saya di Osaka, boleh buka link di bawah:
Penerbangan mengambil masa agak lama sebab layover. BKI - KUL lepas tu transit several hours, then KUL - KIX. So day one tu kira ambil masa banyak untuk perjalanan. Saya kongsi gambar-gambar masa travel ke Osaka.
Me at KLIA2 airport via international departure. Look at that huge aeroplane. Masa ni saya dah buat pelbagai aktiviti agar tidak membazir masa sepanjang menunggu flight transit… such as JJCM, duduk lama-lama di massage chair, berjalan sekitar airport, surfing internet etc.
Flight KUL - KIX pada pukul 2.15PM. Perbezaan flight domestik dan international… view semasa international flight nampak lebih tinggi dan smooth. No bad turbulence.
Sunset from above. My favorite view.
Ada beberapa cara nak ke Namba Station from Kansai International Airport. Paling senang naik taxi tapi tambang mahal. Kedua, naik train. Dan ke ketiga naik bas. Saya pilih option kedua iaitu train. Saya menggunakan perkhidmatan Nankai. Ada banyak kategori tempat duduk dengan harga berbeza, dan saya ambil reserved seat (regular).
On the way ke Namba Station via Nankai train. Lepas tu bila dah sampai ke Namba Station, shi* happens sebab GPS dalam handphone kurang berfungsi. Eventually terjumpa jugalah hotel. Kalau tak confirm tidur tepi jalan π
-
-
-
-
-
Skip ke cerita keesokan harinya.
On the way nak ke metro station. My destination, Osaka Castle. Morning walk be like… angin sejuk.
Lockers di train station, in case nak simpan barang or luggage.
Map. And I was like…. Hmmmm… which line?
Kalau nak travel, especially solo traveler… make sure buat research terlebih dahulu tentang route di negara tersebut, cara nak naik public transport, learn a little bit of their language dan paling bagus dah ready siap-siap itinerary. In some places, their immigration quite strict sampai request nak tengok itinerary kita + ticket pulang balik. Antara negara paling strict kalau bab ni such as Korea and Australia.
On the way nak ke Osaka Castle. Nearest station, Tanimachi 4.
Statue of Dr. Koenraad Walter Gratama, a Dutch chemist yang banyak memberi sumbangan kepada Japanese chemistry.
NHK Osaka Broadcasting Station.
Osaka Prefectural Police HQ.
Beautiful day.
Japan punya Cola always good dan karbonat so strong macam Cola dulu-dulu. Cuaca sejuk and sip some cold Coke is not a criminal. Haha. This one still okay lagi berbanding masa saya di Harbin, minum Cola sejuk, suhu waktu tu 0°C.
Finally. Osaka Castle.
-
-
-
-
-
The bronze statue of Toyotomo Hideyoshi, a prominent Japanese samurai.
Osaka Castle ❤️
Manhole di Osaka semua ada corak.
Ada yang berwarna.
-
-
-
-
-
Lepas tu ke Umeda Sky Building, a landmark of 40-story, 173 meter tall skyscraper in Osaka.
Umeda Sky Building. Saya nak berdiri kat kawasan tengah tu. Lets go!
Katabami (Creeping Wood Sorrel) ☘️
Sakura no hana.
-
-
-
-
-
Osaka city.
Me dari tingkat paling tinggi.
Seterusnya nak turun via the iconic midair escalator.
But before that, enjoy dulu view atas bangunan ni sebab tak nak sia-siakan bayaran tiket masuk.
Turun menggunakan eskelator atas angin.
-
-
-
-
-
Osaka Station yang super busy.
-
-
-
-
-
Singgah ke Yodobashi-Umeda yang menjual banyak gadgets, barangan elektrik dan outdoors equipment.
-
-
-
-
-
Aktiviti malam diteruskan dengan berjalan-jalan ke Dotonbori. Tempat wajib pergi jika melawat Osaka.
The famous Glico signboard. Wajib tangkap gambar kat sini, sama macam pelancong China yang datang ke KK dan tangkap gambar dekat signboard Maybank di Gaya Street. π€
Antoher Glico?
Singgah pergi beli butter cake sedap Kuidaore Taro.
Rasa lembut dan enak. Teringat kek Mita di Sarawak. π
Happening giler signboard kat Jepun. Macam-macam bentuk ada.
Taiyaki. Crispy exterior and soft and sweet inside.
-
-
-
-
-
Other side of Osaka.
Finding halal wagyu beef. Menu pilihan wagyu katsu. Price dalam RM90 kalau ikut currency exchange masa tu. Daging lembut, sedap dan tak macam daging biasa. Saya tak makan daging merah but for wagyu beef in Japan, boleh try sikit la. Hihi.
-
-
-
-
-
Sumo tournament di Osaka. Tiket perlawanan sumo ni harga dia boleh tahan juga. Ada yang RM500 - RM800 and also RM1000+. During this trip saya tak sempat pergi tengok perlawanan sumo sebab tak masuk dalam bajet trip. Maybe next time. ✌️
Antara iklan menu restoran di Jepun. Boleh nampak saiz portion sekali.
-
-
-
-
-
Hari seterusnya. Jalan-jalan di Kuromon Market di Nippombashi. Banyak barang basah dijual kat sini seperti seafood dan sayur-sayuran. Selain itu juga ada pelbagai kedai teh, kedai souvenirs dan restoran. Tempat ini adalah tumpuan pelancong, jadi harga pun harga pelancong.
King crab stick ¥1200/stick = RM32
-
-
-
-
-
Option saya ialah makanan berasaskan seafood since makanan bertanda halal agak challenging nak cari di pasar ni.
Satu pinggan lebih kurang RM40.
Makan takoyaki dan kerang putih.
Tiram goreng too.
Jalan-jalan di sekitar tengok keunikan di sini.
-
-
-
-
-
The last day saya berada di Osaka. The most convenience transportation ke airport ialah by Nankai train. Sebelum ke airport, singgah dulu ke Rinku Premium Outlet yang terletak di Rinku Town.
Teringat suasana dalam kartun Doraemon.
Loker self service untuk para traveler.
Saya tak naik yang ni sebab tujuan utama nak pergi premium outlet. π
-
-
-
-
-
After ke Rinku Premium Outlet, saya straight ke airport. Sambil menunggu penerbangan, saya cari makan dulu di airport. Kat sini ada beberapa restoran yang halal, jadi tak perlu risau tentang perut lapar.
Benda yang saya wajib bawa balik ke Malaysia ialah this limited edition Coca Cola Peach. Yang ni saya beli di vending machine via departure hall. International flight tak boleh bawa liquid more than 100ml (hand carry), tapi kalau dah berada di kawasan gate departure… habiskan duit syiling anda dan tapau la minuman vending machine yang tak ada jual kat Malaysia.






























































































No comments:
Post a Comment