October 31, 2025

Beautiful Wind Cave, Sarawak 🦇

Salah satu negeri yang saya suka pergi ialah Sarawak. Tiket flight murah, banyak tempat menarik untuk dilawati, ada Taman Negara yang cantik, makanan sedap, jalan raya cantik dan besar.... dan lain-lain. Tiga tahun stay di Sarawak (2005 - 2007) dan keadaan sekarang jauh lebih canggih. I love Sarawak.

Kepada yang suka tengok alam semulajadi atau aktiviti luar, antara tempat yang wajib pergi ialah daerah Bau. Tapi kali saya nak fokus kepada aktiviti cave touring di Gua Angin a.k.a Wind Cave. Perjalanan dari bandaraya Kuching ke Gua Angin mengambil masa selama satu jam. Selain Gua Angin, anda boleh pergi ke Gua Pari-Pari (Fairy Cave) yang terletak berhampiran. Boleh singgah terus ke Pasar Serikin yang hanya dibuka pada Sabtu dan Ahad. For more info berkaitan aktiviti di daerah Bau, boleh baca post saya yang lepas di pautan ini.

Tiket masuk ke Gua Angin hanya RM1 untuk warganegara Malaysia, manakala untuk bukan warganera ialah RM5. Pastikan anda memakai pakaian yang sesuai untuk aktiviti outdoor sebab ada kawasan yang licin dan berair. Boleh bawa torchlight sendiri atau sewa daripada kaunter. Bagi saya, lampu suluh wajib bawa sebab dalam gua ni gelap. Sebenarnya kawasan Wind Cave ni ada beberapa trails yang boleh dilawati tapi kali ni saya fokus trail di dalam gua. Akses perjalanan begitu mudah kerana platform mendatar. Gua batu kapur di sini lebih sangat tua dari Gua Mulu dan mula terbentuk kira-kira 60 juta tahun lalu. 


Main entrance.

Antara features utama Gua Angin ialah stalagmit, stalagtit, sarang burung layang-layang dan ribuan kelawar yang tinggal di dalam gua ini. 







Keadaan saya di dalam gua yang gelap gelita. 

Sarang burung layang-layang

Trail di Gua Angin mudah untuk diakses (dan tidak memenatkan)




Dalam ni gelap, jadi torchlight adalah essential.

Yang ni a bit scary kan? 



Kelawar

Me tengah tengok kelawar. 

Untuk maklumat lanjut mengenai Gua Angin, boleh ke laman web Sarawak Forestry.

October 25, 2025

Delicious Roasted Sesame Mayo : Telly 🥗

Dinner yang tak terlalu berat, berkhasiat dan mengenyangkan, salad. Saya suka makan salad especially mix dengan roasted sesame mayo. My favorite brand: Telly. 

Kenapa saya suka brand ni? Sebab mayo dia pekat dan cukup rasa. Lepas tu harga pun berpatutan. Really good kalau letak dalam salad. Tak rasa muak langsung. In fact, saya boleh habiskan satu bowl salad dengan mayo roasted sesame ni. 

My favorite salad. Green coral lettuce, lobak merah, jagung, kidney bean. Kalau nak padat lagi boleh tambah isi ayam atau wholemeal bread yang dah dipotong kecil.

Roasted sesame mayo kegemaran saya. Paling best sebab tak cair macam another brand. 

October 20, 2025

Blood Moon Through My Telescope 🔭

Gerhana bulan merah terjadi apabila bumi berada tepat diantara matahari dan bulan, menyebabkan bayangan bumi menutupi bulan sepenuhnya. Bulan nampak merah kerana cahaya matahari yang terbias oleh atmosfera bumi.

Nak share gambar blood moon semasa total lunar eclipse yang saya ambil melalui telescope. My equipment: Skywatcher StarTravel 102, amik gambar melalui smartphone. Bukan gambar terbaharu blood moon, tapi saya rasa gambar ni special sebab fenomena gerhana bulan merah tak selalu terjadi di Malaysia. Masa ni around 2.30AM - 3.30AM+ saya dah duduk tercegat di tanah lapang sambil tengok suasana malam dan bintang di langit. Cuaca baik, tak ada awan berkepul-kepul… rezeki saya untuk tengok fenomena yang indah ini.

Beautiful blood moon through my telescope. Teruja tengok bulan tu bertukar jadi warna merah. 

Saya tengah duduk tengok langit sambil relax. Saya boleh buat macam ni selama berjam-jam dan tak rasa bosan. Salah satu cara untuk terapi minda, disconnected from daily life and appreciate nature’s beauty.

Sebenarnya cahaya di sebelah kiri bulan tu adalah planet Marikh. Jadi masa tu boleh nampak fenomena gerhana bulan merah dan planet Marikh di sisi bulan.

October 12, 2025

A Cup of Beauty Tea 🫖

Coffee or tea? Of course tea. Freshly brewed, without sugar. Different tea has different benefits. Contohnya black tea kaya dengan antioxidant, membantu menurunkan berat badan; manakala green tea membantu mengurangkan risiko kanser dan improve digestion. Teh bunga juga mengandungi khasiat tersendiri, for example chamomile tea and lavender tea untuk reduce anxiety dan membantu tidur yang selesa. 

Recently saya beli banyak jenis teh bunga, khususnya minum pada waktu malam masa tengah rehat. Berkesan untuk relief stress after work. My favorite is crimson glory rose tea sebab rasa dia tak pahit dan ada bau bunga ros. Lepas tu cantik tengok bunga ros tu kembang dalam air. Teh ros ni caffeine-free dan best minum sebelum tidur. Ia bukan sahaja dapat menyembuhkan stomach cramp, tapi juga menaikkan seri wajah kerana khasiatnya boleh stimulate collagen production.

Crimson glory rose tea. Good for health. Tapi tak boleh minum banyak sangat sebab takut nanti ulang-ulang ke tandas. Minum satu atau dua gelas sehari dah cukup.

Variety of flower teas yang dah dicampur dengan herba lain such as goji berries, cumquat etc . Setiap teh ada khasiat tersendiri. 

Teh jasmine + lavender untuk lena semasa tidur. This one ada rasa a little bit bitter. Kalau tak nak rasa pahit sangat, boleh tambah satu kiub kecil rock sugar. 

October 11, 2025

Cheers to Another Year 🎂

Lama tak update blog gara-gara kesibukan melanda menyelesaikan masalah negara. Haha. Walaupun cerita ni dah tak fresh sebab sekarang dah bulan Oktober, tapi tetap nak kongsi juga.

I love September because its my birthday month. Libra rules ♎️  Tapi bila dah tua ni, takda dah nak sambut birthday semua tu. Yang penting bersyukur kesihatan masih baik, family and friends wish yang baik-baik. Thank you all atas wishes yang diberikan. To honor my birthday month, saya share skit apa aktiviti and hadiah yang saya dapat.

Of course the very first person yang akan wish is my Nept. We eat clean and stay young together 🫣🤓. Lepas tu dapat kek tiramisu, unfortunately lupa ambil gambar sebab kek dah masuk dalam mulut dulu. Pas tu dapat pocket money 🤑. Thank you a lot ❤️

My two BFF bagi hadiah tilam lipat sebab ini masuk dalam senarai pembelian saya. 🤣 Tapi miaws dah detect benda baru dalam rumah dan tidak membuang masa untuk conquer kawasan. Same as my bean bag yang memang menjadi tempat tidur kucing.

My colleague bagi this kipas mini yang literally superb. So lepas ni saya boleh simpan kipas buy one free one saya 🤓 (nada eksen)

And I got this beautiful tumbler from my all season travel partner. Light, easy to carry and lepas ni my pink sakura tumbler yang saya beli dari Japan boleh berehat dulu 🌸 Love you all ❤️❤️❤️
-
-
-
-
-
Meanwhile, from the previous year I got these wonderful presents.





Thank you everyone ❤️