January 07, 2026

Building Blocks - Plant Series 🧱

Sekarang rasa macam nak main balik benda ni. Kalau saya panggil “Lego” sajalah senang. Sebenarnya hobi ni datang balik sebab out internship student hadiahkan kami para staf office dengan mainan building blocks ni. Lepas tu bila dah siap sambung, nampak cantik pula.

Cantik 🪷 Saya punya yang bunga lili.

Thank you 🌸

Building blocks ni banyak jual di kedai mainan. Tapi kalau nak murah boleh beli di EcoShop. Baru RM2.80. Bagi saya berbaloi sebab harga mampu milik, senang nak pasang, kualiti bagus dan ada bermacam-macam pilihan. Saya beli yang plant series sebab bunga orkid ni nampak cantik.

 Beli dari EcoShop. Okay nak try pasang yang ni.


Yeay dah siap. Kalau saya yang pasang confirm tak 100% sama macam dalam gambar. Janji bentuk tu ada la. Haha. Nanti nak beli yang lain lagi, jadi boleh buat collection dan hias di rumah.

Kalau dulu masa zaman budak-budak, saya suka main Lego. Dulu harga Lego tak la semahal yang sekarang (tak puas hati sebab harga jauh mahal). Antara set pertama yang saya ada ialah set Paradisa macam gambar kat bawah ni. Sekarang dah dijual di ebay. Set vintage ni first release tahun 1992. Masa saya ada set ni rasanya tahun 1996-97 kot. 

Source: ebay

My Lego kesayangan. Lego head storage. Saya beli di Legoland. Gigih tau bawa balik naik flight. Pattern muka tengkorak ni susah nak dapat. Sebab tu saya beli. Nanti kalau saya rajin saya share pengalaman saya ke Legoland.


No comments:

Post a Comment