September 08, 2025

Jalan-jalan Naik Jambatan Gantung Tamparuli 🌁

Sebenarnya ini adalah perancangan last minute. Sebetulnya just pergi makan di kawasan berdekatan rumah saja tapi merasakan hari masih awal, jadi singgahlah ke Tamparuli pergi mencari mangga kuning (kononnya) sambil tour pekan lama. Bila sampai di Tamparuli, lain pula kejadiannya. Tiba-tiba rasa nak naik Jambatan Tamparuli. 😌

Seriously ni first time saya naik jambatan gantung Tamparuli 🫣 walaupun sebelum ni dah beberapa kali ke sini. Jambatan Tamparuli mempunyai sejarah tersendiri. Jambatan berjarak 200 meter ini mula dibina pada tahun 1930 oleh pihak British dan masih digunakan sehingga kini.

Lower bridge suspension. Yang ni dah biasa lalu. Tapi masih teruja bila lalu kat sini. Hanya di Tamparuli.

Sungai Tamparuli.

Akhirnya naik juga ke jambatan gantung ni. Sekarang gerbang jambatan ni dah cantik berwarna-warni. Malah lebih ramai pelancong berkunjung ke sini. Sebenarnya kalau nak naik ke jambatan gantung ni boleh lalu dari dua side. Saya lalu dari side yang dekat dengan pasar tani. Kalau lalu dari side sebelah lagi boleh dengar muzik kulintangan.

Sedang menikmati suasana di atas jambatan gantung. Walaupun tak sampai ke side sebelah sebab my partner dah gayat semacam, tapi still puas hati dapat naik ke sini.

View cantik Sungai Tamparuli.

Another view. Nak tahu lebih lanjut tentang sejarah Jambatan Tamparuli, boleh ke website Sabah Tourism Board.
-
-
-
-
-
Aktiviti jalan-jalan diakhiri dengan meninjau suasana pekan Tamparuli. Kebanyakan kedai masih mengekalkan struktur bangunan lama. Terus rasa macam kembali ke zaman kanak-kanak dulu. Memandangkan cuaca panas, saya singgah beli minuman di bazar makanan yang ada berhampiran dengan jambatan gantung. Dan… ada jual pecal yang dibungkus dalam daun pisang. Sedap okay. Nyesal beli satu. Tak apa nanti boleh datang lagi.

This pecal sedap amat. Kuah kacang pekat. Harga berpatutan. Lepas ni kena beli lebih. Satu tak cukup. 

No comments:

Post a Comment