Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Tenom mengambil masa lebih kurang tiga jam. Saya tak ingat bila last sekali saya ke Tenom… Rasanya tahun 2016 atau 2017 π€ itupun pergi ke Sabah Agricultural Park sahaja. This time saya stay a night, chill sambil round pekan, jalan-jalan cari makan and cari souvenir for friends and family.
After long hours, akhirnya saya melepasi pintu gerbang “Selamat Datang ke Tenom”. Officially sampai ke Tenom.
The famous Tenom coffee roundabout. π€©
-
-
-
-
-
Lepas tu saya berehat kejap di area pekan untuk cari makan sebab masa tu pun dah tengah hari. Saya parking betul-betul dekat dengan Muzium Antanom dan ambil kesempatan untuk melawat muzium ni.
Saya tertarik dengan sejarah headhunters dan pemberontakan Rundum. Museumgoer please visit Muzium Antanom kalau nak tau berkaitan sejarah Tenom.
-
-
-
-
-
Sungai Padas (120KM). On the way ke Fatt Choi Coffee sebab tak pernah lagi jejak kaki ke sini.
Akhirnya sampai juga di Fatt Choi Coffee. Salah satu destinasi pelancongan di Tenom. Entrance fee RM2 sahaja. Di sini boleh tengok pemandangan sambil bergambar-gambar. Lepas tu ada kiosk makanan dan minuman juga. Jalan untuk masuk sini sempit sedikit, agak berbukit dan masuk jauh ke dalam. But still worth melawat ke sini.
Boleh nampak Sungai Padas dari Fatt Choi Coffee. Kalau nak menginap di cabin sini pun boleh juga.
Tapi saya memilih untuk menginap di Perkasa Hotel Tenom… Quite old hotel but the view cantik atas bukit dan sesuai kalau nak menenangkan fikiran. I wish lebih banyak hotel atau guesthouse di Tenom dan disenaraikan dalam Agoda. (Saya selalu booking through Agoda).
Last sekali saya nampak telefon begini masa sekolah rendah dulu.
View dari hotel yang cantik. Ada kawasan kena hujan dan ada yang tak kena hujan. Seronok tengok. Lepas tu boleh nampak pekan Tenom dari sini.
-
-
-
-
-
Lewat petang tu saya keluar balik ke pekan sebab nak pergi cari makan sambil tengok apa yang menarik. One of my favourites kedai tea ialah GTea. Kalau nak ke Labuan, mesti singgah kedai GTea di terminal feri Menumbok.
-
-
-
-
-
Selepas penat ke sana sini, sempat lagi saya beli makanan kucing Royal Canin Digestive sebab tiada stok di petshop KK. Lepas tu terbeli lagi mi segera UFO. Why Tenom ada semua yang saya nak? Why KK always habis stok?
Mi segera UFO. Siapa yang tak cuba lagi bolehlah cuba. Gerenti tak menyesal.
Then saya pun kelaparan dan singgah makan di Jasmond Cafe. Saya suka makanan di sini sebab sedap dan banyak pilihan. Amount pun banyak. Tempat cantik dan bersih.
My favorite nasi putih dengan sayur manis. π
Nasi goreng.
Sup jagung. π
-
-
-
-
-
After that saya balik hotel dan rehat… sambil tengok view di luar tingkap. The best view in Tenom.
Pemandangan malam dari hotel. Cantik.
-
-
-
-
-
Keesokan paginya. View dari luar tingkap before 6AM. Kabus tebal. Tak nampak apa-apa. Sejuk gila.
Rasa macam tinggal di hutan belantara. Lepas tu bunyi burung dan serangga lagi. Punya best. Tak rugi menginap di sini.
Bersiar-siar di kawasan sekeliling sambil grounding, rehatkan mata dan fikiran.
View hotel.
Yang ni dah siang dan kabus semakin hilang. Boleh dengar bunyi keretapi lagi masa ni. Anyone yang nak ke Tenom dan healing, the best view ialah di Perkasa Hotel Tenom.

























No comments:
Post a Comment