December 31, 2025

Lantai Berkilat Selepas Mop 🫧

The best feeling apabila tengok lantai rumah berkilat. 💃 Saya akan mop lantai tiga atau empat kali seminggu sebab kat rumah banyak kucing. Jadi kena pastikan rumah dalam keadaan bersih. 

Instead of mop lantai menggunakan air paip, saya suka bersihkan dengan air suam Caranya simple saja. Didihkan air, kemudian tuang air panas ke dalam baldi bersama air paip. Then add on sedikit cecair pembersih lantai. 

Untuk memastikan lantai kering tanpa kesan tapak kucing, saya akan kurung dulu semua kucing saya kat bilik sebab mereka ni suka berjalan sana sini. Kalau ada kesan confirm kena mop balik.

Hasil selepas mop menggunakan air suam. Puas hati.

No comments:

Post a Comment