December 15, 2025

Stunning Mountain View - Akinabalu ⛰️

Hajat staycation di Kundasang kali ni sebab nak sesi grounding dan tengok view Gunung Kinabalu particularly awal pagi sambil minum teh panas. Penginapan ialah di The Hill Lodge, Sutera Sanctuary Lodges sebab view di sini lebih cantik. Make sure ambil chalet yang pertama, kedua atau ketiga kalau nak view gunung yang paling jelas.

The Hill Lodge terletak di atas bukit. Masa ni clear tapi kejap lagi kabus tebal la ni. Di luar chalet ada bench, jadi boleh duduk sambil tengok pemandangan indah. Waktu petang biasanya tak nampak Gunung Kinabalu kalau cuaca tengah redup macam ni.

Okay dah start berkabus. Petang cuaca sejuk. Make sure pakai jaket kalau tak tahan sejuk. 

 

My chalet. Hill Lodge nombor 3. Yay! 

View dalam chalet. Spacious room, selesa. Sejukk. Cuaca sejuk.

Tepi tingkap nampak hutan. Pintu tu menghala ke balkoni belakang. Malam-malam make sure tutup tingkap dan pintu sebab serangga akan masuk. 

Heater juga ada disediakan untuk panaskan bilik. Tapi masih rasa sejuk jugak. 🤧 


Jalan raya dah tak nampak kerana kabus makin tebal. Malam tu dah ready bahan untuk masak dinner + enjoy makan snek. Aktiviti malam just chilling, chit chatting, enjoy tengok view hutan di waktu malam. Stargazing activity tak dapat diteruskan sebab tak nampak bintang kerana kabus tebal. 

Then, catch-up with supper mi segera kimchi yang so damn yummy. Bila sejuk cepat lapar 😂 Lepas tu sambung minum teh. Kemudian tidur sebab esok pagi nak bangun awal untuk menjalankan aktiviti utama, tengok Gunung Kinabalu. 
-
-
-
-
-
Keesokan harinya. Mula-mula tu bangun awal sangat, apa pun tak nampak 😂. Lepas tu tunggu sat sehingga 5.30 pagi. 

View pukul 5.30 pagi. Matahari dah start naik. Masa ni sejuk sangat.

Almost 6.00AM. Good morning Akinabalu. ❤️
And lenticular cloud formation on the top of the mountain. 

Breathtaking view.  

Receiving sunshine vitamin 🌄



Lama gal duduk di balkoni sambil menikmati keindahan alam. Sambil minum Sabah Tea.



-
-
-
-
-
That morning pergi breakfast dulu di restoran kawasan tu jugak. Walking distance. Tapi kalau rasa tak larat nak turun naik bukit from the Hill Lodge, boleh la bawa kenderaan.


Next time saya share aktiviti stargazing pula.


No comments:

Post a Comment