Saya share gambar yang saya ambil semasa meteor shower season a few years back. Ada dua season yang berbeza iaitu Perseids meteor shower (August) dan Geminid meteor shower (December).
Hujan meteor terbentuk ketika Bumi melintasi serpihan batu kecil yang ditinggalkan oleh asteroid atau komet. Serpihan ini memasuki atmosfera Bumi dengan kelajuan tinggi, lalu terbakar dengan geseran udara. Hujan meteor ni berlaku pada waktu tertentu dan akan terjadi pada setiap tahun. Kalau nak tahu lebih lanjut tarikh hujan meteor, boleh rujuk kalender astronomi.
Melihat meteor shower tak perlukan teleskop kerana boleh dilihat dengan mata kasar. Pastikan anda duduk di tempat yang tiada light pollution atau cahaya bulan terang pada ketika itu. The best time untuk tengok meteor shower ialah semasa peak time kerana waktu tu banyak meteor boleh dilihat.
Saya kongsikan beberapa gambar yang saya ambil semasa berlakunya meteor shower. Basic equipment: smartphone (night mode).





No comments:
Post a Comment