February 20, 2026

Omega Centauri Through My Telescope 🔭

Omega Centauri (NGC5139) adalah globular cluster yang terletak di constellation Centaurus yang terletak di hemisfera Selatan. Cluster ini boleh dilihat dengan mata kasar jika anda berada di tempat yang gelap dan tiada pencemaran cahaya. Melalui mata kasar, cluster ini nampak faint and fuzzy, manakala teleskop atau binokular boleh membantu untuk nampak lebih jelas. Jarak Omega Centauri dari Bumi ialah 17,700 tahun cahaya dan mengandungi anggaran 10 juta bintang di dalamnya. Omega Centauri sangat popular dalam kalangan stargazers. 

The best time untuk tengok Omega Centauri ialah pukul 11.00 malam ke atas (bulan Februari - Ogos) apabila cluster ini berada di atas horizon. Antara objek lain yang boleh dilihat di sekitar Omega Centauri ialah Spica (bintang paling terang di constellation Virgo/bintang ke-15 paling terang di langit) dan Southern Cross (Crux).

Saya share gambar Omega Centauri melalui telescope. Basic equipment - telescope, smartphone.

Using small telescope. 
-
-
-
-
-
-
Using my dobsonian telescope. Single image. No photo stacking.



-
-
-
-
-
Gambar Omega Centauri dari Hubble Space Telescope. Source




No comments:

Post a Comment