Dah berapa tahun fikir tapi sampai sekarang tak dapat decide lagi nak sambung study atau tak. Haha. Banyak perkara kena consider kalau nak sambung belajar. Bukan keputusan yang senang. Antara perkara yang perlu dipertimbangkan seperti berikut:
1. Objektif Nak Sambung Study. (Are you driven by curiosity and desire to contribute knowledge? Atau sebab status, security atau approval?
2. Kebolehan Berhadapan Dengan Proses. (Kesanggupan untuk menulis tesis bertahun-tahun, buat correction, kumpul data, berhadapan dengan kritikan)
3. Laluan Kerjaya (Jenis kerjaya yang sesuai selepas habis belajar? Adakah kerjaya sekarang perlukan kelayakan yang lebih tinggi atau memadai dengan kelayakan sedia ada?)
4. Ketahanan Mental dan Emosi (Loneliness and self-doubt. Paper rejection, geran tak lulus dan feedback dari responden)
5. Tahap Kewangan (Kemampuan untuk bayar yuran dan perbelanjaan lain, kelayakan mohon biasiswa).
6. Pemilihan Supervisor (Supportive supervisor is essential)
7. Keutamaan Diri (Masa, keluarga, kesihatan, pets, tanggungjawab lain, aktiviti dan hobi yang perlu dikorbankan)



No comments:
Post a Comment