Tanda kucing ada jangkitan dalam telinga seperti selalu menggaru telinga, telinga kotor dan banyak earwax, kucing nampak tak selesa dan posisi telinga ke bawah (ears low). Yang paling teruk apabila telinga dah start berair, bernanah, berdarah dan kucing mula demam.
Antara faktor utama jangkitan telinga ialah disebabkan ear mites. Antara solusi terbaik ialah menggunakan ubat kutu kucing yang dititik di belakang tengkuk (saya syorkan Advocates dan Frontline). Versi yang dijual di klinik haiwan lebih advance berbanding di petshop kerana ubat di veterinar cover lebih banyak jenis fleas and worm. Dan saya amat tidak mengesyorkan ubat kutu kucing yang murah dan banyak dijual di online kerana berisiko jika digunakan.
Ubat lain yang efektif ialah ubat titik telinga kucing jenama Surolan. Biasanya ubat ni ada jual di klinik haiwan dan some petshops. Ubat ni digunakan khusus untuk kucing yang mempunyai telinga bernanah, bengkak dan gatal. Saya wajib stok ubat ni di rumah (simpan dalam peti sejuk untuk tahan lama).
Kucing saya particularly yang mix breed selalu mempunyai masalah telinga. At one time saya nampak kucing saya tak normal dan bila saya check, telinga dah start keluar air dan nanah. Masa tu malam dan saya tak boleh tunggu nak bawa ke veterinar keesokan harinya. Jadi saya bersihkan telinga kucing dengan kapas, cotton bud dan solution (Dermacyn). Lepas tu saya titik telinga kucing dengan Surolan liquid (tiga pump untuk setiap telinga, dua kali sehari selama seminggu). Masa mula-mula titik tu memang kucing rasa tak selesa sikit but after that, telinga kucing akan kering dan radang mulai surut.



No comments:
Post a Comment