Hari tu (hari tuuu) I decide buat short trip ke Melaka and Negeri Sembilan sebab nak Jalan-jalan Cari Makan (JJCM). So dapat saja tiket murah, terus beli and bon voyage! Sampai sahaja di KLIA2, terus amik keta sewa dan driving ke Melaka. Perjalanan ke Melaka mengambil masa selama dua (2) jam. Nak santai saja sambil melihat pemandangan. Trip kali ni ialah second time saya ke Melaka. Rasa nak pergi lagi lepas ni
Sampai sahaja di Bandar Hilir, benda pertama yang terfikir dalam otak tentulah JJCM. Nak makan ikan asam pedas sebab Melaka terkenal dengan masakan asam pedas. Tak pekena, tak sah datang ke Melaka. Order nasi putih, ikan asam pedas dan sayur goreng. Sedap weh.
Asam pedas ikan jenahak.
Telur ikan 😋
Lepas makan, saya jalan-jalan di sekitar Bandar Hilir dan kemudian rehat dulu kat hotel, since dari pagi direct naik flight - driving- sightseeing.
-
-
-
-
-
Malam tu pergi ke Jonker Street Night Market untuk meneruskan misi JJCM. Oleh kerana penginapan saya dekat dengan Jonker Walk, jadi turun jalan kaki saja la. Tak perlu risau nak park keta kat mana. Jonker Street Night Market sentiasa sesak dan ramai orang, terutama pelancong luar negara. Selain street food, banyak barangan lain seperti antik, bag, kraftangan, jam tangan etc dijual di sini. Pasar malam dibuka pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad (6PM - 12AM).
Worth visiting because of this kuih keria. 😋. Apart from asam pedas, you should try kuih keria Melaka. Heaven!
Need this mango smoothie. Superb!
Fried baby crabs.
-
-
-
-
-
Keesokannya, saya berjalan sekitar Bandar Hilir dan menjejakkan kaki ke A'Famosa Fort, a Portuguese fortress built around 1512 during their colonization of Melaka. Selama berabad-abad, Fort A'Famosa telah diperluas dan diubah suai oleh orang-orang Belanda dan British, dan menjadikannya tapak penting untuk memahami pelbagai pengaruh penjajah dalam sejarah Melaka.
The surviving gate of Portuguese fort in Melaka. Merupakan satu tinggalan seni bina Eropah tertua yang masih wujud di Asia Tenggara.
-
-
-
-
-
Lepas dari A'Famosa, saya sempat singgah ke muzium dan shopping mall berdekatan. Dah selesai pusing pusing pusing di kawasan Bandar Hilir, it’s time to leave untuk ke destinasi seterusnya, Negeri Sembilan. But before that, saya singgah ke Pantai Klebang dulu. Masa perjalanan around 20 minutes only.
Welcome to Pantai Klebang. Another famos Melaka kuih keria 😋 Beli sikit la.
Why this thing so gooooddd?





















No comments:
Post a Comment