Since restoran nasi kerabu yang sedap di Kingfisher tu tutup, dah jarang makan nasi kerabu. Hari ni kebetulan pergi cari sarapan di luar sebab terus nak pergi beli barang. Lepas tu terserempak ngan restoran ni, Kak Anne Cafe. Nampak menu nasi kerabu tu yang semangat terus nak try makan sini.
Menu dia ada banyak pilihan. Saya pilih nasi kerabu ayam penyet madu. Nept pula pilih nasi kerabu ayam geprek crispy. Lepas tu nak cuba bakso ayam terus. Sedap! Portion pun banyak. Harga dia murah dan berbaloi. Lain kali boleh repeat lagi makan kat sini. Selain tu restoran ni bersih, luas dan selesa. Suka la makan di sini.
Bakso ayam + teh o ping kurang manis. Bakso dia sedap weh.
Nasi kerabu ayam penyet madu yang dihidangkan dengan tiga jenis sambal. RM13.90 sahaja. Yang ni pun sedap.


No comments:
Post a Comment