Wednesday, June 11, 2025

Pengalaman Treatment di Bubble Gum Wax

Siapa kat sini yang dah pergi buat treatment Bubble Gum Wax? Saya dah pernah cuba dan highly recommended. My session including 10 sessions laser X under arm. Total cost RM499.50 only dan kesannya di kawasan yang kita buat treatment tu takkan tumbuh bulu lagi, for at least dua tahun. Kalau kita jenis yang suka nampak bersih dan tiada bulu, boleh cuba buat treatment kat sini. Untuk cawangan Kota Kinabalu, BGW berada di Aras 1, Lintas Plaza (di atas Watsons).

Setiap treatment perlu buat appoinment terlebih dahulu. Untuk first timer boleh la datang ke BGW untuk set appoinment. Kalau tak nak ambil session, boleh cuba yang trial dulu. Sebelum buat sebarang treatment, consultant akan tanya kalau client ada alahan, atau apa-apa condition lain…then mereka akan minta client sign consent form. Lepas dah register dan bayar, BGW akan bagi free gift kepada client (minimum spend RM450).  

Kalau nak buat wax, make sure bulu tak terlalu pendek (at least 3cm). Sebab kalau tak nanti bulu tak boleh nak melekat kat wax. Kalau tak, consultant akan suggests buat laser. I recommend buat laser terus kerana kesannya lebih tahan lama. Buat laset tak sakit sebab mereka ada letak gel kat kulit, kecuali kalau bulu yang di bawah kulit tu tebal, kat sana ada rasa sakit skit (sakit macam digigit semut saja). Saya ada tanya dengan kawan yang pernah buat wax dan katanya tak sakit pun sebab setiap pergerakan tu dibuat dengan cepat.

Setiap session dibuat pada setiap bulan. Tarikh boleh set ikut kesesuaian client. Kalau buat treatment under arm saja, tak la lama sangat. Lebih kurang 10 minit dah siap. All BGW crew members buat kerja dengan profesional dan cepat. Kalau ada plus treatment lain, amik masa juga la. Sekiranya after 10 sessions pun masih ada bulu yang tumbuh, client boleh add on session yang seterusnya.

Saya ada try buat trial laser full leg, so far kalau satu kali session saja kira okay juga la. Tapi untuk puas hati, kena buat repeat sessions. Cost untuk trial laser full leg, RM199. Kadang-kadang BGW akan buat harga promosi dan boleh dapat murah sikit masa tu. 

Me waiting for my turn.

Harga trial laser. BGW tak khusus untuk wanita. Lelaki pun ramai yang buat juga. 

No comments:

Post a Comment