Disclaimer. Trip ni berlaku pada tahun 2023 (before 2024 Hualien earthquake and Typhoon Kong-rey). Rupa bentuk muka bumi dan suasana di Taroko National Park pada masa ini mungkin berbeza dengan yang sekarang.
-
-
-
-
-
-
Saya suka travelling. Melawat tempat menarik and hidden gems, eat good food, hiking and other outdoor activities, tengok keindahan alam semulajadi, perhati culture orang lain etc. My trip biasanya budget friendly, tak tinggal di hotel yang fancy, bukan untuk shopping, using a lot of public transports, dan selalu pergi solo, duo atau paling ramai pun triplet kot. Sebelum ni di blog lama saya banyak share pasal travel. Tapi blog tu saya dah archive. 😀 Jadi apa-apa travel saya akan share di blog saya yang ni.
Ini adalah kali ketiga saya melawat Taiwan. Dan kali ini saya ke Hualien (Eastern Taiwan) sebab berhajat nak pergi Taroko National Park. Nak hiking dan sightseeing keindahan alam semulajadi di taman negara ini.
Direct flight Air Asia from BKI to TPE hanya 3 jam sahaja. Masa ni tawakkal sebab dijangka taufan Hakkui melanda Taiwan. Saya pergi Taiwan masa ni pada penghujung Ogos - awal September 2023.
(Full itinerary sepanjang di Taiwan nanti saya cerita di next page).
Cara paling mudah nak pergi Taroko National Park ialah dengan menempah dari Klook (boleh download
apps Klook dari smartphone). Yang ni saya ambil trip ke Taroko dari Taipei sebab kebetulan stay kat sana. Pakej siap ada travel guide. Kalau nak pergi sendiri pun boleh juga tapi kena urus sendiri permit masuk ke taman negara, transportation etc.
Sila pakai pakaian dan kasut yang sesuai kalau nak ke Taroko National Park. Bawa baju hujan atau payung, in-case tetiba hujan. Best time to visit ialah selain typhoon/rainy season (Mei - Oktober).
Thank you Klook atas perkhidmatan yang the best. Untuk ke Taroko National Park, perlu naik dua kali bas. Perjalanan dari Taipei ke Hualien mengambil masa hampir 3 jam. Perjalanan ini ada beberapa check-point akan melalui daerah Yilan.
Antara bekalan yang dibawa semasa dalam perjalanan. Ada banyak lagi snek di dalam beg. Haha.
Ramai yang nak ke Hualien. Kebanyakan yang ikut trip kali ni ialah dari Filipina dan China.
Singgah check point.
Pemandangan Lautan Pasifik dari dalam bas.
-
-
-
-
-
Masuk sahaja di Taroko National Park, terus short hiking session di Shakadang Trail. Panjang trail ini ialah 4.1KM tapi saya tak hiking sampai ke hujung sebab ada banyak lagi tempat lain untuk dilawati.
Beautiful Liwu River.
Shakadang Bridge. Buat masa ini kebanyakan kawasan di Taroko National Park masih ditutup selepas gempa bumi yang melanda Taiwan pada tahun 2024.
-
-
-
-
-
Lepas short hiking di Shakadang Trail, nak ke Yanzikou (Swallow Grotto) pula.
Siapa berani naik jambatan gantung tu?
Pemandangan dari Yanzikou. Nasib baik bukan jenis gayat.
Masuk tunnel sambil melihat keindahan alam di Taroko National Park. Sebenarnya gelap juga tunnel.
Setelah berjalan di Yanzikou Trail, saya relax kejap di checkpoint berdekatan sambil minum jus orange. Selain tempat rehat, di sini juga ada toilet dan tempat jualan makanan dan minuman. For Muslim kena tengok dulu ingredient sebelum beli.
-
-
-
-
-
Lepas tu saya ke Tianxiang untuk makan tengah hari. Tapi memandangkan makan tengah hari yang disediakan oleh locals tak halal, so saya singgah ke 7 Eleven. Convenience store di Taiwan memang best sebab macam-macam ada. Rasa seperti di Jepun. Lepas beli, sila simpan resit. Kot menang receipt lottery Taiwan (NT10 million).
Kedai 7 Eleven di Tianxiang.
Bestnya minum sejuk sambil menikmati keindahan. Selain tu saya ada beli egg sandwich, jajan lain dan makan bekalan yang ada dalam beg. Kenyang tapi tak kenyang macam makan nasi. Haha.
Small shops di Tianxiang. Yang join trip pada hari ni tengah makan tengah hari kat sini. Makanan dimasak oleh locals.
Eternal Spring Shrine yang dibina pada tahun 1958. Air terjun yang mengalir tu adalah natural springs. Kat sini ada trail hiking juga kalau rasa nak hiking.
-
-
-
-
-
Sebelum balik ke Taipei, saya singgah melihat pemandangan Qingshui Cliff di Xiulin Township. Trip kali ini bernasib baik dapat masuk ke kawasan ni sebab pihak berkuasa akan tutup gate bermula pukul 3 petang kerana amaran taufan Hakkui.
Bas akan singgah di check point untuk kemudahan pengunjung nak ke toilet ke, nak beli jajan ke, nak minum coffee ke. Saya beli British Milk Tea di 7 eleven.
Kalau berhajat nak buat DIY trip ke Hualien juga boleh menaiki train.
Pemandangan masa on the way ke Taipei. Golden sunray.
Saya sampai di Taipei dah petang. Totally worth punya trip. View yang sangat cantik dari mula sampai la akhir. Untuk maklumat lanjut berkaitan Taroko National Park, boleh layari
website ini.
End my journey dengan snek.
No comments:
Post a Comment