Benda ni saya panggil "dadah kucing" sebab selepas kucing hidu benda ni, mereka akan start hyperactive, berguling-guling di lantai, gembira semacam... a.k.a euphoric effect. Sebenarnya ini adalah serbuk silvervine. Silvervine ni pokok yang banyak ditanam di kawasan pergunungan wilayah China, Jepun dan Rusia. Nama saintifik pokok silvervine ialah Actindia polygama.
Surprisingly, kucing saya lebih tertarik dengan silvervine berbanding catnip. Kucing saya ada enam ekor. Based on pemerhatian, silvervine 5/6 while catnip 0/6. Maksudnya effect silvervine ni lagi kuat berbanding catnip la kan.
Dulu saya suka beli serbuk silvervine di Daiso. Tapi sekarang dah tak ada jual di kedai Daiso (kedai fizikal mahupun online). Tapi saya cuba satu jenama ni. Comet matatabi. So saya pun happy untuk ny cats. Harga per bottle RM30 tapi boleh guna lama, yang penting tuang serbuk tu dalam kuantiti sikit sahaja. Jangan risau sebab kucing mempunyai sense of smell yang kuat. Jadi sedikit serbuk pun memadai.
Pokok silvervine.
Ini la yang saya selalu order dulu. Silvervine dari Daiso tapi sekarang dah tak ada jual. Source: https://shopee.com.my/DAISO-Silvervine-Powder-For-Cats-i.251032630.5847829756




No comments:
Post a Comment