Setiap kali saya travel, fridge magnet adalah benda yang saya wajib beli dan biasanya saya akan pilih yang nampak unik, atau melambangkan suatu tempat tu. Antara fridge magnet yang paling saya sayang ialah my Cheung Chau Bun.
Fridge magnet ni saya beli dari Pulau Cheung Chau kerana pulau tu terkenal dengan Cheung Chau Bun Festival yang diadakan pada setiap tahun (April - Mei). Tetiba fridge magnet ni rosak sebab magnet tu tertanggal. Dah la tanggal, lepas tu hilang ntah ke mana. I suspect kucing buat onar pergi main fridge magnet tu.
Mula-mula tu punyalah sedih. Dah la jauh saya beli dari Pulau Cheung Chau. Lepas tu fridge magnet ni sempat lost sekejap after my baggage tak sampai masa balik ke Malaysia. Jauh perjalanan fridge magnet ni. Lastly bila kat rumah, tiba-tiba rosak dan hilang dimain kucing. Tapi saya dah jumpa kembali bun ni dan saya tampal la guna gam gajah.




No comments:
Post a Comment