September 13, 2025

Rawatan Penyakit FIP Kucing 💉

Feline Infectious Peritonitis (FIP) a.k.a coronavirus kucing adalah antara yang paling ditakuti dalam kalangan pencinta kucing. Penyakit ni tiada ubat dan boleh berjangkit dengan kucing yang lain. Ada dua kategori FIP iaitu dry FIP dan wet FIP. Indoor cat juga berisiko terkena penyakit ini. 

Bila saya cerita topik FIP ni, rasa trauma tu masih ada sebab my cat dulu mati kerana FIP. Pada masa itu tiada ubat yang boleh merawat. Lama juga saya bersedih selepas ketiadaan Si Hitam. Walau bagaimanapun, FIP dah rawatan pada masa kini. Banyak kucing di seluruh dunia yang survive dari penyakit ini dengan bantuan ubat anti-virus GS441524.

Ini adalah ubat anti-virus GS441524 yang digunakan untuk membunuh virus FIP. Ubat ni ada dalam dua jenis, sama ada bentuk cecair untuk disuntik atau dalam bentuk pil. Ubat ini tak dijual di veterinar tapi untuk dapatkannya boleh ke website Basmi FIP.

Ceritanya macam ni. Kucing kawan saya kena penyakit FIP (wet FIP). Lepas tu kucing tu kena warded sebab nak buang air dalam perut dia. Dalam masa yang sama, doctor veterinar suggest ubat anti-virus ni untuk bantu selamatkan kucing my friend ni. Ubat boleh order sendiri dengan supplier. Dan supplier akan tanya beberapa soalan such as keadaan kucing, berat badan kucing etc dan akan suggest ubat mana satu yang sesuai.

Paling cepat kesannya ialah ubat suntik berbanding ubat jenis pil. Kalau tak confident macam mana nak suntik, boleh minta veterinar yang tolong buat. So far, my friend boleh buat sendiri sebab ada technique untuk jarum kucing tu. Kepada yang tinggal di Kota Kinabalu, don't worry ubat akan sampai cepat sebab ada agent yang supply ubat di KK. Because my friend order hari ni, esoknya ubat dah sampai. Apa-apapun, order perlu dibuat melalui website Basmi FIP.


Tempoh rawatan ialah 84 hari. Harga sebotol ubat dalam RM80+ (satu botol boleh disuntik untuk seminggu). Syringe kena beli sendiri di farmasi atau veterinar. 

Kini kucing kawan saya tu semakin sembuh, berkeadaan normal dan kuat makan walaupun masih dalam tempoh rawatan. But some kucing akan ada reaction apabila disuntik dengan ubat ni. Contohnya kawasan suntikan tu mengalami luka atau kulit nampak kebiruan, kesan kepada liver dan lain-lain. Ada kucing akan rasa sakit semasa disuntik sebab tekstur ubat ni pekat macam vitamin kucing.

Semoga lebih banyak kucing yang sembuh dari penyakit FIP. Sentiasa bersihkan rumah anda, cuci dan spray sanitizer di kawasan litter box dan scoop kucing, sentiasa tukar air minuman kucing. 

No comments:

Post a Comment