December 08, 2025

Kudat Quick Trip 🏝️

Short vacation untuk rehatkan minda. Cerita hari tuu lagi tapi baru sekarang post 😂

Antara tempat yang cantik boleh dilawati di Sabah ialah Kudat. Tiga jam dari Kota Kinabalu. Sepanjang perjalanan tak akan rasa penat kerana pemandangan sekitar yang cantik. Niat sebenar nak pergi the Tip of Borneo (Tanjung Simpang Mengayau) tapi sambil tu nak grounding + kosongkan fikiran. 🏝️ Vacation mode ON.

Cuaca yang cantik. Kalau dari jalan utama (on the way pergi pekan) nak pergi the Tip of Borneo kena masuk simpang lagi. Anggaran sampai dari simpang masuk ke the Tip of Borneo ialah 30 minit.



Tapi saya tak pergi direct ke Tip of Borneo. Sebelum ke sana, wajib singgah dulu di pekan Kudat untuk makan tengah hari dan bersiar-siar di pekan. Seafood + sayur pucuk manis. Confirm makan sampai habis.


After that baru kembali ke jalan masuk Tip of Borneo (Simpang Mengayau). Penginapan pilihan ialah Tommy’s Place @ Tip of Borneo sebab dekat dengan pantai dan tak jauh dari Tip of Borneo. Boleh book through Booking.com atau Agoda. FYI, line tak berapa okay di sini. Kejap ada kejap tak ada. Sekian, terima kasih.


Aktiviti petang bermain layang-layang. Weeee….. lama tak main layang-layang.


Lepas tu duduk di pantai sambil tengok sunset yang cantik. Pasir di sini berwarna putih dengan air laut yang biru. Beautiful Kudat.

Dinner makan oden dan kudapan yang lain (tapi tak ada dalam gambar). Lepas tu duduk di balcony sambil chit chat dan menikmati pemandangan malam.

Night view.
-
-
-
-
-
Awal pagi keesokan harinya terus pergi ke Tip of Borneo dengan penuh semangat macam nak pergi senaman. 

Jangan lupa juga bergambar dengan bronze globe.


❤️🏝️The northern most tip of Borneo.

Pulau Kalampunian lighthouse. Pulau ini terletak lebih kurang 1.7KM dari Tanjung Simpang Mengayau.

After that terus ke Kelambu Beach. One island and two beaches. Beautiful white sand beach, indeed one of the most beautiful beaches in Sabah.
-
-
-
-
-
On the way balik ke KK...



No comments:

Post a Comment