December 07, 2025

Untuk Rumah Ada Kucing: Xiaomi Smart Air Purifier 4 🌬️

Kepada yang pelihara kucing di rumah atau jenis allergic habuk, disarankan untuk menggunakan air purifier. Pilihan air purifier saya ialah Xiaomi sebab design cantik, harga berbaloi, smart technology dan power consumption yang rendah. 

Yang ni adalah Xiaomi Smart Air Purifier 4. Actually ada empat size iaitu small (cover keluasan 48m2), medium (75m2), large (83m2) dan extra large (104m2). Yang ni saya beli saiz kecik sebab nak letak dalam bilik tidur sahaja. Tapi akhirnya dah pindahkan ke ruang tamu sebab kucing suka tidur di area tu. Saya beli dengan harga RM289 di kedai Xiaomi kat Karamunsing. So far dah setahun lebih menggunakan air purifier ni. 

I think berbaloi juga beli air purifier ni sebab tiap kali kucing menggunakan litter box, air purifier ni akan auto tarik segala habuk yang terbang tu. Maybe saiz yang saya beli ni kecik, so tak dapat nak tarik semua habuk but it helps a lot. Time bersihkan air purifier ni, confirm banyak habuk dan bulu kucing melekat. Filter yang digunakan adalah 3-in-1 dan boleh diganti apabila dah tiba masanya.

Apa yang best tentang Xiaomi air purifier ni, ada tiga mode available iaitu auto, night (senyap) dan turbo. Saya guna mode auto saja, jadi kalau rumah berhabuk… mode akan bertukar ke turbo. Oleh kerana filter ini menggunakan smart technology, so it works with google + Alexa speaker. Yang penting rumah ada Wi-Fi. Maklumat lanjut boleh layari laman web Xiaomi Malaysia.

Saiz compact dan ringan.

Kalau kualiti udara dalam rumah tak okay, light indicator akan berubah kepada warna merah atau kuning.

Habuk dan bulu kucing yang terperangkap.


No comments:

Post a Comment