May 14, 2026

Jalan-jalan ke Kundasang 🗻

Celebrating another achievement by Nept, decide ke Kundasang pergi jalan-jalan cari makan and nature sightseeing. Cuaca baik dan tak berkabus. Perjalanan smooth tapi macam biasa la kalau siang banyak lori, jadi slow sikit kalau follow kat belakang. 

Cuaca yang begitu cantik. Masa ni jalan raya clear tak ada lori kat depan. 

Tak nampak Gunung Kinabalu due to heavy clouds. Kalau nak tengok Gunung Kinabalu, kena pergi awal pagi. Pukul 6.00 pagi masih boleh nampak gunung dengan jelas. Lepas tu slowly akan ditutup awan. 
-
-
-
-
-
Sebelum sampai ke Kundasang, singgah dulu ke Pekan Nabalu tengok pemandangan sekeliling. Ramai orang amik gambar kat sini.  

Pemandangan hijau yang cantik. Semoga tempat ini sentiasa dipenuhi pokok untuk kekalkan udara yang segar.

Clouds ☁️
-
-
-
-
-
Meneruskan perjalanan ke destinasi. Beautiful Kadamaian Waterfall di lereng Gunung Kinabalu. Anggaran ketinggian air terjun ini ialah 700 meter (2,300 kaki).
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai juga ke Pekan Kundasang. Memandangkan dah tengah hari, saya pergi cari makan dulu. Kalau ke Kundasang, mesti cuba sayap ayam panggang, makan dengan nasi putih dan sup ayam atau sup daging. Lepas tu boleh tambah menu sayur goreng juga.


Sayap ayam panggang 😋 Sedap makan dengan nasi putih.

Us.
-
-
-
-
-
Lepas makan tengah hari, cari minuman di kedai berdekatan dengan restoran. Saya order honey jasmine, no sugar.

Cawangan Kopi Kaw juga ada di Imago, Kota Marudu, Kimanis, Semporna dan Telupid. 

Selain itu, makan aiskrim seasalt mix vanilla. Only di Kopi Kaw. 
-
-
-
-
-
Lepas tu pergi hiking di Sosodikon Hill. Walaupun kejap jak sampai di atas tu, kira hiking juga la. Hiking 10 minit 🤣
Pemandangan sekitar Sosodikon Hill.

Hujan di sebelah saaanaa...


Mulberry tree.


Suka tengok pemandangan ni macam lukisan. 

Sosodikon Hill dah makin cantik berbanding masa mula-mula saya pergi dulu. Harga tiket pun dah makin naik. Harga semasa = RM8/orang

Walaupun tak nampak Gunung Kinabalu, pemandangan tetap indah.

Hello daisy.
-
-
-
-
-
Akhir sekali sebelum pulang, saya singgah ke tamu Kundasang membeli snek. Lepas tu ke National Park tengok keindahan alam semulajadi di sana. Rupanya trip saya ke Kundasang ni sehari sebelum ketibaan Tengku Mahkota Pahang. Patutlah ramai betul staf kerajaan negeri dekat Rajah Lodge tu. Mungkin Tengku akan menginap di sana kot sebelum mendaki Gunung Kinabalu. 

No comments:

Post a Comment