Kebelakangan ni selalu hujan terutama di waktu petang. Tempat yang lembap menyebabkan cendawan tumbuh dengan sihat. Saya suka tengok cendawan dan sentiasa curious untuk tau jenis cendawan yang ada. Yang ni tumbuh dekat tepi rumah saya. Nama saintifik cendawan ni cholorophyllum molybdites atau dipanggil cendawan payung palsu (false parasol). Walaupun cendawan ni nampak comel tapi tak boleh makan kerana beracun. Sekiranya termakan boleh menyebabkan cirit-birit dan muntah.
Cendawan ni boleh tumbuh keliling membentuk bulatan fairy ring. Tapi mengikut kepercayaan mistik masyarakat Eropah, fairy ring dibuat oleh pari-pari atau elf. Manusia dilarang untuk masuk ke dalam fairy ring kerana akan menyebabkan kecelakaan seperti hilang sebelah mata atau menjadi ghaib di alam manusia.




No comments:
Post a Comment