May 09, 2026

Makan Oden Sedap di Mamazil πŸ«•

Antara oden yang saya paling suka makan ialah di Mamazil. Kuah mantap dan pekat. Tapi paling sedap bagi saya ialah kuah creamy. πŸ˜‹ Cawangan terbaharu Mamazil ialah di Kingfisher. Saya introduce to my bff, then dia pun kata sedap. Lepas tu kami selalu lepak makan oden kat sana πŸ˜‚ Haha.


Oden Mamazil sangat sedap. Makan panas-panas memang best. Yang ni kuah tomyam spicy. Saya selalu beli yang ala-carte 5 sticks, RM13.90 (tiada mee).

This one is my favorite. Kuah tomyam creamy. Sedap πŸ˜‹ Ni kalau ada nasi putih lagi best.
-
-
-
-
-

Untuk melegakan tekak, saya selalu order minuman. Yang ni milky tea. Rasa dia pekat sikit. Kena cairkan dulu ais dan goncang sebelum minum, barulah rasa sebati. Harga minuman yang kecik RM5.90, large RM6.90

Takoyaki ni sedap dan memang portion tak kedekut punya πŸ˜‹. Mayonis dia pun sedap dan tak rasa muak bila makan. Definitely worth trying. Yang ni Set A (5 pieces) RM7.90.

Waffle gebu. Seriously memang sedap dan lembut. Ada dua perisa iaitu chocolate atau peanut. Boleh juga mix peanut and chocolate. Harga untuk satu perisa ialah RM4, kalau nak yang mix RM4.50. 

No comments:

Post a Comment