Rasanya dah lebih setahun saya deactivate Facebook account. Sejak tak ada Facebook, sebenarnya banyak lagi benda lain yang boleh saya buat dalam. Rasa lebih tenang sebab tak perlu lagi tengok kehidupan orang lain setiap masa. Mental pun lebih ringan, tak serabut dengan terlalu banyak maklumat.
Paling saya hargai, hubungan dengan dunia sebenar jadi lebih bermakna. Perbualan terasa lebih ikhlas daripada sekadar react atau komen di media sosial. Dulu banyak masa habis scrolling video tanpa sedar, tapi sekarang saya boleh guna masa untuk benda lebih bermanfaat dan memberi ketenangan. Hidup pun terasa lebih aman bila dah tak perlu membaca komen toksik, orang acah play victim dan terpaling suci, atau berita negatif setiap hari. Honestly, privacy rasa lebih terjaga.
Buat masa ni saya masih ada Youtube dan blog, cuma Youtube tu taklah aktif sangat. Kalau rasa nak upload video, baru saya upload. Blog pula, saya suka update selalu. Walaupun blog dan Facebook digunakan untuk berkongsi cerita, pendapat dan kehidupan, tetapi cara penyampaian dan suasana platform itu berbeza. Blog untuk menulis dengan lebih panjang dan tersusun. Pembaca buka blog untuk menikmati cerita dan pengalaman secara lebih mendalam. Blog ditulis kerana minat dan untuk menyimpan kenangan, serta tidak bergantung kepada jumlah "likes". Secara ringkasnya, blog lebih kepada ekspresi diri dan Facebook lebih kepada sosial.

No comments:
Post a Comment