Sunday, February 16, 2025

Makan Makan di KL

Sempena melihat konsert The Script, sambil tu jalan-jalan cari makan la juga. Semoga lepas ni sentiasa slim walaupun kuat makan 👀 

Mula-mula saya menyerbu Pasar Malam Jalan Masjid India. Walaupun masih terngiang insiden sinkhole, tapi sebab makanan punya pasal... saya redah semuanya. Hahaha. Bagi saya pasar kat sini paling best kerana pelbagai makanan boleh didapati. Sebenarnya ada yang tak sempat saya amik gambar sebab makanan dah habis duluan. Jadi mana-mana yang ada tu ja saya share sempena trip ke KL beberapa hari tu.

Kuih peneram Kedah. RM5/25 biji. Terbaik rasa dia.

Sotong sira. Manis sangat.

Laksa Penang.

Popia basah. Yang ni sedap. Susah nak cari popia basah kat KK. Di KL ada banyak.

Kebab ayam

Putu bambu. Sedap teruk.
-
-
-
-
Lepas tu saya juga menyerbu di kawasan Pasar Seni.

Awal-awal tu minum air dulu sebab jalan kaki sana sini.

Lepas tu makan Chinese beef roti. Saya tak makan daging, jadi yang ni ayam.

Lepas tu minum minuman yang comel ni.

Strawberry + chocolate.
-
-
-
-
-
Pergi Pavilion lagi cari makan di Din Tai Fung.




Semua sedap.

Lepas tu cari makan petang pula. Banyaknya perempuan ni makan. 👀

Lavender ice-cream di Family Mart

Makan di kopitiam lagi. Ni sebelum konsert The Script pergi melantak dulu

Yang ni kombucha special. Beli ais saja di 7E. Kenapa 7E di KK tak ada jual ais macam ni. Kalau nak beli minuman homemade kombucha tea special ni boleh beli di Shopee. Sila klik link ni.

Cari teh tarik.

Teppanyaki seafood. My favorite banyak sayur.

Panipuri. First time cuba.

Minum lagi.
-
-
-
-
-
Lastly di airport, makan Texas Chicken. KK bila nak ada restoran ni pleaseee.

Sweet potato mochi. Sedapnya.

Okay, sekian makan-makan.

No comments:

Post a Comment