Sunday, May 25, 2025

Cara Atasi Sembelit Semasa Travel

Siapa kat sini kalau travel ke mana-mana, mesti susah nak “membuang”?. Sebenarnya masa travel kita akan banyak bergerak, maka badan kita akan kurang air. Lepas tu nak cuba makan tu, minum air ni… then makan tak ikut masa, lastly perut tak dapat mencerna dengan baik. 

Biasanya pada waktu pagi, normalnya kita akan “membuang” dulu barulah selesa nak keluar ke mana-mana. Kalau tak, confirm perut rasa buncit dan tak selesa. Sepanjang saya travel, saya amalkan satu petua mudah dan berkesan. Banyakkan minum air putih pada waktu pagi. Caranya… setiap kali kita bangun pagi dan sebelum mandi tu, minum air putih at least satu liter. Kalau tak tau macam mana nak sukat, beli saja air botol besar yang 1.5 liter atau dua botol kecil 500ml tu. Wajib bekal air putih lebih kat bilik sebab air complimentary hotel bagi tu tak cukup.

Bila dah minum cukup air putih, auto kita akan rasa nak “membuang”. Selagi tak ada feeling nak “membuang” tu, selagi tu la kita teruskan minum air putih sampai rasa nak pergi tandas. Lepas dah clear segalanya, stay dulu kat dalam bilik beberapa ketika sebab confirm kita akan ke tandas lagi sebab kita banyak minum air. Then barulah kita boleh keluar berjalan dengan tenang. Saya dah cuba petua ni di mana juga saya berada dan sangat berkesan. Sebenarnya tips mudah ni bukan sahaja boleh dibuat masa kita travel, tapi juga di rumah. Bangun pagi make sure minum air putih sebelum kita mandi. Confirm lancar.

Thumbler saya beli dari Kobe 🇯🇵 My favorite dan akan bawa ke office pada setiap hari.

Bagaimana pula kalau dah rasa banyak minum air tapi masih tak nak “membuang”? Masa tengah keluar berjalan-jalan tu, singgah la membeli buah-buahan segar dan tinggi serat contohnya limau, nanas dan betik. Boleh juga beli tembikai atau buah-buahan lain yang tinggi kandungan air. Kalau tak suka makan buah, boleh minum jus buah-buahan segar. Sayur-sayuran atau salad juga membantu melancarkan sistem pencernaan. 

Makan nanas masa hiking di Cheung Chau Island 🇭🇰
Sumpah manis giler.

No comments:

Post a Comment