Saturday, June 28, 2025

DIY Trip - Hong Kong 🇭🇰 (Day 1)

 Hello again Hong Kong! 🇭🇰🇭🇰🇭🇰

Ini adalah kali ke-5 saya ke Hong Kong but this time pergi ke tempat yang berbeza dengan tujuan yang berbeza juga. Apa tujuan? Of course hiking + urban hiking, sightseeing, cari makan, nak tengok sakura (yaaa HK ada sakura juga). Bila saya pergi HK? Penghujung Februari - awal Mac 2025. Masa ni cuaca kira masih sejuk, jadi sila bawa jaket dan ubat selsema. Hehe.

Macam biasa saya takkan bawa banyak pakaian sebab saya punya trip ni budget friendly and just cuci pakaian kat sana saja la nanti. Pengangkutan di sana just menggunakan public transport termasuk bas. Don’t worry, orang HK terrer speaking English kalau tak reti bahasa Kantonis. Mereka boleh cakap Mandarin juga.

14°C… feels like 8°C ❄️

Flight ke HK mengambil masa selama 3 jam sahaja. My choice of airlines always Air Asia. Direct flight BKI - HKG. All good. Beautiful weather.

Welcome to HK. Beautiful South China Sea dengan Hong Kong-Zhuhai-Macao Bridge (ZHMB). 
-
-
-
-
-
HK International Airport is so damn big and selepas turun dari kapal, kena naik train lagi untuk pergi ke airport utama.

Bagi memudahkan komunikasi menerusi Internet, saya sewa Wi-Fi. My favorite travel app, Klook… thank you so much for an excellent service. Buat tempahan Wi-Fi dari Klook dan boleh collect di Kiosk sebelum kita keluar dari airport.

Tengah tunggu untuk ambil WiFi.

Selain WiFi, Touch N Go versi HK, Octopus card kena ada. Jadi tak perlu guna cash untuk bayar tambang transport dan membeli snek. Yang ni pun saya booking through Klook dan ambil di kau ter berdekatan kaunter WiFi.
-
-
-
-
-
Lepas keluar dari airport, terus catch-up public bas nak pergi Tung Chung sebab hari ni saya nak explore perkampungan nelayan, Tai-O. Macam biasa… my mom tak tau lagi saya travel pada hari tu. Mesti dia marah punya sebab saya lambat bagitau. Even my colleagues pun sorang dua saja yang tau saya travel. Of course yang tau semua adalah my Nept, BFF and my sis. 🩵

Selain public bus, boleh juga naik train kalau nak terus ke bandar utama. Tapi saya nak ke Tung Chung, jadi saya ambil public bus. Fare HKD3.7, lebih kurang dalam RM2 kot.
Public bus di HK semuanya double deckers. Kalau nak tengok pemandangan yang cantik boleh naik ke tingkat atas.
-
-
-
-
-
Arrived at Tung Chung station. Di sini ada satu outlet yang dipanggil Citygate Outlet. Kalau nak pergi shopping barangan berjenama dengan harga murah, boleh la ke sini sebab tak jauh sangat dari airport. By the way, currency Malaysia dah tak macam dulu… so perbezaan harga sangatlah dirasa dan harga outlet dah tak murah sangat.

Okay kalau nak ke Lantau Island pun (naik cable car atau bus), Tung Chung ni la menjadi check-point utama sebelum nak ke sana. Saya dah tiga kali naik cable car ke Lantau Island sebelum ni. Yang paling best masa naik crystal clear cabin. Untik skip line, just book ticket through Klook. Thank you Klook. ILY.
-
-
-
-
-
Bagi memudahkan perjalanan, boleh simpan barang/luggage di dalam locker di dalam Citygate Outlets. Location at level B2 and B3. Sekarang dah boleh bayar menggunakan octopus card, kad kredit atau cash. Saya ambil small locker sebab nak simpan luggage kecik saja. Price for small locker HKD15/2 jam, medium HKD25/2 jam, dan large HKD40/2 jam. For more details boleh klik link ini.

-
-
-
-
-
Memulakan perjalanan ke kampung nelayan Tai-O. Boleh ambil public bus di Tung Chung bus station, sebelah Citygate Outlets. Perjalanan ke Tai-O mengambil masa satu jam. 


On the way ke Tai-O. Laju pakcik ni bawa bas.
-
-
-
-
-
Welcome to Tai-O 🐟🐡🎏



Kalau nak explore Tai-O lebih lanjut boleh menaiki bot, HKD40 + boleh tengok dolphin juga. Tapi hari tu saya just nak santai sahaja sambil tengok keindahan fishing village. 

Pasar Tai-O. Sini banyak jual dried seafood macam ikan kering, udang kering dll. Rasa macam pergi pasar KK pula. Hehe. 









Comelkan rumah di sini.


Manhole pun cantik. Sama macam manhole di Japan.

By the way, tandas di HK bersih ya. Walaupun kawasan perkampungan, public toilet tetap bersih. Salute 🫡

Kawasan perumahan dan kedai di Tai-O. Yang ni sebelah belakang skit jadi nampak sunyi. Kebanyakan yang tinggal di perkampungan Tai-O ni elderly, mungkin yang muda-muda dah ramai berhijrah ke bandar.  

Setelah puas membakar kalori berjalan-jalan di kawasan Tai-O, saya sempat juga beli air minuman roselle ni. Rasa masam manis. 
-
-
-
-
-
Hari pun dah petang, so saya kena catch-up public transport lagi untuk kembali ke Tung Chung. Then straight dari Tung Chung station menaiki MTR ke Tsim Sha Tsui. Yesss saya stay kat Tsim Sha Tsui. 

Saya pilih untuk stay di kawasan Mirador Mansion sebab saya rasa lebih baik berbanding Chungking Mansion. Lift tak crowded, pemandangan di guesthouse boleh nampak city berbanding pemandangan compressor aircond sebelum ini. Hahaha. By the way, Mirador Mansion adalah berdekatan dengan Chungking Mansion juga.

Why I choose Tsim Sha Tsui? Sebab banyak makanan halal, guesthouse dekat dengan MTR station, ada dobi layan diri dan yang paling penting 7 Eleven. Cuma 7E di HK tak semeriah Japan atau Taiwan. More like basics punya la macam di Sabah + nak memilih barang tu sempit skit.

Dalam Mirador Mansion ni banyak kedai-kedai runcit, money changer, guesthouses, restaurants dan rumah orang.

Okay inilah menjadi tempat stay saya. Mira Inn. Kalau nak naik lift di mana-mana Mansion, kena tengok lift tu berhenti di tingkat berapa. Biasanya lift kiri dan kanan tak sama tingkat ya. Dan selalunya ramai orang nak naik lift, jadi kena beratur la. 

Kalau travel ke HK kena fefeeling the vibes juga. It’s normal keadaan begini di HK.

Kalau langsir macam ni kat rumah, dah tentu mak akan marah.

Price untuk empat malam di Mira Inn ialah RM600. Property dan tanah di HK mahal gile dan kalau tinggal tempat macam ni tu kira normal la. Keluasan bilik begitu kecik, tandas pun kecik. For first timer biasanya akan terkejut la betapa keciknya bilik. But for me jika semua kelengkapan ada (hot shower, air cond, towel, bottle water, microwave etc) thats good enough. Empat kali travel ke HK sebelum ni, jadi dah biasa dah. Besides, penginapan hanya untuk mandi dan tidur. The rest memang keluar berjalan punya.

View much better than when I was stay at Chunking Mansion sebelum ni (tahun 2018).
-
-
-
-
-
Di Tsim Sha Tsui ni ada banyak makanan halal, jadi tak perlu risau sangat. Malam tu saya pergi ke Ziafat Arabic restaurant. Location di Harilela Mansion, Aras 6. Dekat je dengan Mirador Mansion.


Harga makanan di HK mahal, lebih kurang macam Jepun. Harga nasi goreng ni lebih kurang RM43. Portion besar tapi kalau lapar, boleh habis satu piring. Kalau tak habis, sila tapau. 😀
-
-
-
-
-
Buat pengguna TikTok, HK dah band TT ya. Still boleh view tapi skrol macam tu saja la. Tak boleh nak search or else. Unfortunately tak memberi kesan sangat kepada saya sebab saya tiada akaun TikTok. Yeehoo. 

-
-
-
-
-
Day 2 akan cerita di next page.

No comments:

Post a Comment