January 13, 2026

KL Shortcation ✈️

Another KL trip. Santai pergi jalan-jalan dan cari makan + cuci mata, amik gambar (makanan) demi kesejahteraan mental dan emosi 😆 Kali ni tak ada hiking, trekking and any outdoor activity.

Tengah tunggu flight. Amik flight tengah hari supaya tak kelam kabut. I choose Air Asia.

The sky looks so soft. 💙 Bye KK, welcome KL.
-
-
-
-
-
Sampai sahaja KLIA2, saya terus direct ke KL Sentral. The cheapest way from airport to KL Sentral adalah dengan menaiki airport bas. Bagi saya naik bas adalah selesa sebab ada ruang yang luas, ada aircond, ada tempat simpan luggage dan yang penting tambang murah.

Walaupun dah makan dalam kapal, tapi still rasa nak makan lagi. Inikan trip jalan-jalan cari makan. Untuk memulakan sesi JJCM, saya bermula dngan yong tau foo sebab banyak sayur-sayuran. Siapa peminat sayur di sini? 🙋‍♀️

Yong tau foo. My favorite.

Lepas tu santai di NU Sentral sambil minum ice tea, become anti-social dan tengok orang lalu lalang. Sebenarnya first day di KL dah plan nak jalan ke Genting untuk chill out. Saya pun beli tiket bas ke Genting Highland from KL Sentral. Perjalanan mengambil masa sejam lebih untuk sampai ke Genting (Awana Station). Cara paling senang dan murah ke Genting adalah menaiki express bas. Tiket boleh beli di kaunter di KL Sentral

Dalam bas tunggu nak jalan. Oleh kerana lambat beratur, jadi saya dapat seat yang hampir belakang, but it’s okay la. Yang penting jangan paling belakang, kalau tak confirm pening.


Orang dah start balik kerja masa ni.
-
-
-
-
-
Sampai sahaja di Awana Station, Genting Highland… hari dah malam. Sempat cuci mata di Genting Premium Outlet. 


Coach outlet antara yang ramai berbaris nak masuk. Tapi saya tak masuk memandangkan nak cari makan. Next time saya share story my mini surprise birthday by Coach. Thank you, Coach! Love you.

Lastly end up di food court dan makan nasi lemak sambal sotong.
-
-
-
-
-
Lepas tu beli tiket cable car untuk naik ke Resorts World Genting sebab ini sahaja cara yang paling cepat + dah malam. Bab naik cable car ni memang kegemaran saya. Ni first time naik pada waktu malam.
Inside cable car 🚠. Yang gayat harap tak pening. Sebenarnya best tau! Kamurang should try once in a lifetime.



Pemandangan malam. Kenapa rasa macam berada di masa hadapan?
-
-
-
-
-
Akhirnya sampai kat atas. Then saya terus check-in di First World Hotel Genting. Booking melalui Agoda sahaja. Cepat, mudah dan senang. Malam tu tak ada aktiviti sangat, just rest, watching TV, surfing Internet and so on. Indoor or outdoor games pun tak main sebab just nak chill saja. 


Hasil 😋
-
-
-
-
-
Keesokan harinya. Pemandangan Genting Highland pada waktu pagi. Kali ni tak pergi Chin Swee Caves Temple yang terletak tak jauh dari hotel. Kalau nak ke sana boleh baik free shuttle bus. Next time saya story my experience melawat temple tu.

-
-
-
-
-
Pagi tu saya turun menaiki cable car juga sebab cepat, mudah dan tak payah fikir panjang macam mana nak turun. Kalau masa tu ramai orang berbaris naik cable car, bolehlah beli tiket line express… but harga pun a bit pricey. Harga for standard gondola RM11 one way/RM19 return, express boarding with standard gondola RM17 one way/RM32 return, glass floor gondola RM32 one way/RM54 return (boleh dapat diskaun kalau beli tiket online). Boleh ke website Genting Highland untuk maklumat lanjut.

Suasana dalam cable car. Masa ni cuaca berkabus. 
-
-
-
-
-
Lepas sahaja turun dari cable car, sempat cuci mata lagi di Genting Premium Outlet. Lepas tu terus blah turun menaiki bas express dan cari makan since tak nak makan di Genting. 

Meneruskan sesi JJCM dengan teppanyaki.

Rojak buah.

Popia basah. The besttt!
-
-
-
-
-
Petang tu pergi checkin hotel dulu. Kali ni menginap di Corus Hotel sebab dekat dengan KLCC. Nak pergi KLCC sebab nak pergi kedai buku Kinokuniya sambil ber JJCM.

-
-
-
-
-
Since jarak lokasi hotel dengan KLCC dekat, saya just jalan kaki saja la (lebih kurang 10 minit perjalanan).



Sebelum tu chill dulu makan kek dan minum super nice beverage di Nadeje KLCC, + anti-social sambil tengok orang lalu lalang. My biggest concern, jangan la terserempak dengan kawan-kawan kat KL.😂 Tak mau bercakap dengan sesiapa. 😂

Lepas tu singgah ke kedai buku Kinokuniya seperti yang dah planning. Saya follow akaun kucing Bengal, Suki ni tau. Bijak sangat kucing ni. Tuan dia selalu bawa travel dan hiking. Kan best kalau kucing kat rumah pun jenis macam ni.
-
-
-
-
-
Lepas tu JJCM another teppanyaki. 
-
-
-
-
-
And another teppanyaki lagi with extra extra bean sprouts.

-
-
-
-
-
Lepas tu cari snek and sedikit ole-ole untuk office.
-
-
-
-
-
Keesokan harinya JJCM lagi di my favorite restaurant, Din Tai Fung.


And before fly back to BKI, JJCM lagi vegetarian food + snack shopping di convenient store. Pendek kata, memang makan saja la. Okay esok diet. 😌


No comments:

Post a Comment