March 18, 2026

A Little Adventure In Hyogo 🇯🇵

Travel to Japan is like nowhere else in the world. The country has a unique blend of ancient tradition and futuristic modernity, a beautiful and clean landscape, and exceptional safety. Apart from Taiwan and Hong Kong, my top-tier travel destination is Japan. Tapi kekangan yang harus difikirkan ialah layover. 😌 Kalau ke Japan kena menghadap flight yang berjam-jam sebab perlu transit ke Kuala Lumpur terlebih dahulu (sebab saya fly dari di KK). BKI - KUL dah 2 jam 30 minit. Then tunggu transit dah beberapa jam, lepas tu KUL - KIX mengambil masa 6 jam 30 minit. Eventually keesokan hari baru sampai ke Jepun. Demi keselesaan, saya pilih Quiet Zone seats which is price still okay for me yang suka travel within budget.

During my trip to Kansai, antara wilayah yang saya kunjungi ialah Hyogo Prefecture. Saya pergi ke Kobe yang merupakan bandar ke tujuh terbesar di Jepun. Masa saya pergi tu awal Mac dan berada di penghujung musim sejuk… tapi bagi saya masih sangat sejuk. Suhu waktu tu ialah 5°C. So I begin my day trip to Kobe from Osaka.  

Me and my favorite backpack yang dah banyak ikut travel ke sana sini. 

Kalau nak ke Kobe boleh dapatkan train dari Osaka Station atau dari Namba Station. Saya menaiki train dari Osaka Station menggunakan Special Rapid Service (unreserved seat) dengan harga tiket ¥410 (anggaran RM10). Perjalanan mengambil masa 25 minit. Osaka Station sangat besar, bertingkat-tingkat dan sesak. Kadang-kadang boleh confuse nak ikut ke arah mana. Tapi kalau tersesat boleh tanya dengan staf yang bekerja di stesen. Walaupun mereka tak faham Bahasa Inggeris, mereka akan cuba sedaya upaya bantu. Paling senang guna Google Translate saja.

Waktu ni cuaca gloomy dan suhu sangat sejuk. Disebabkan cuaca yang sejuk, perut mudah lapar. Tapi di Jepun banyak kedai serbaneka such as Lawson, 7e dan Family Mart. Kedai ini turut menyediakan halal snack, vegetarian or seafood based… jadi tak ada masalah nak cari quick bites. Kobe juga mempunyai restoran halal dan untuk mengetahui lebih lanjut boleh search dalam Google.
-
-
-
-
-
Anpanman statue di Kobe Harborland.

Dokin-chan statue.


Ketika musim sejuk, kebanyakan pokok tak ada daun. Masa ni cuaca sejuk, lembap dan berangin.

Umie Mosaic Kobe Harborland.

What's unique about Japan, manhole cantik ada corak dan berwarna. Like this. ☝☝

Giraffe bronze sculpture.

Tak lepaskan peluang untuk naik Mosaic Big Ferris Wheel (Mozaiku Dai Kanransha). Harga tiket ¥800/person (lebih kurang RM20).  



View dari dalam Ferris wheel. Boleh nampak harbour, Kobe tower, kapal laut dan part of Lautan Pasifik.

Orang di bawah pun nampak kecik sebab Ferris wheel ni berketinggian 112 meter.
-
-
-
-
-

Street art.
-
-
-
-
-



Old Kobe port signal station.

Kobe Port Tower, a landmark in a port city of Kobe, Japan. Jom kita pergi sana.

Kobe Port Tower berketinggian 108 meter dan di dalam menara ni ada beberapa tingkat yang terbahagi kepada dua section iaitu groundfloor section, dan sightseeing section. Untuk maklumat lanjut mengenai Kobe Port Tower dan harga tiket masuk, boleh layari laman web Kobe Port Tower.

Kobe Port Tower siap dibina pada tahun 1963. Menara ini dikelilingi oleh 32 batang besi merah sebagai simbol mengalu-alukan kepulangan kapal di pantai.


Merikan Park.


-
-
-
-
-
Port of Kobe Earthquake Memorial Park adalah sempena memperingati peristiwa gempa bumi di Kobe yang terjadi pada 17 Januari 1995 dengan magnitude 7.2. Kejadian ini telah meragut seramai 6,400 nyawa pada waktu tersebut.



-
-
-
-
-
Sambil saya menghayati taman memorial tersebut, sambil saya berehat sebentar. Cuaca sangat sejuk dan saya pergi cari hot chocolate untuk panaskan badan. Lepas dah bersantai-santai, saya teruskan perjalanan dengan menaiki metro nak pergi tengok Tetsujin 28 statue yang terletak di Wakamatsu Park. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 25 minit. Saya berhenti di Stesen Shin-Nagata dan terus berjalan kaki lebih kurang 10 minit untuk sampai ke Wakamatsu Park.


Direction ke arah statue Tetsujin 28

Lampu.

Taaadaaa! Tetsujin 28 Robot Statue yang berketinggian 18 meter ini telah siap dibina pada tahun 2009 dan menandakan sebagai kelahiran semula bandar Kobe selepas massive earthquake yang pernah berlaku pada tahun 1995.




Lepas tu saya singgah cari quick bites di Mister Donut. Hot tea dengan donut Pon-de-Ring Sakura dan donut coklat. Then saya teruskan perjalanan ke Akashi Kaikyo Bridge yang terletak di Maiko Park.

Why I love Kobe? Tak sesak, udara lebih nyaman dan tenang menaiki metro.

Akhirnya saya sampai ke sini juga.

Jambatan ini menghubungkan bandar Kobe di Pulau Honshu dan Iwaya. Jambatan ini mula dibina pada tahun 1988 dan siap pada tahun 1998. Pada waktu itu merupakan jambatan terpanjang di dunia dengan panjang 1,991 meter. Pada masa ini, ia merupakan jambatan kedua terpanjang di dunia selepas Jambatan Canakkale 1915 di Turki.


Saya juga tak melepaskan peluang masuk ke Maiko Marine Promenade untuk melihat pemandangan lautan dari atas jambatan. Harga tiket ¥250 (weekdays) dan ¥300 (weekends).

Skywalk di Maiko Marine Promenade.

Siapa yang gayat tidak digalakkan untuk tengok cermin yang menghala ke lautan.


-
-
-
-
-
Lepas tu saya teruskan perjalanan di kawasan sekitar.

Ini ialah Dr. Sun Yat Sen memorial park. Dr. Sun Yat Sen ialah leader of the Chinese Nationalist Party. Sun Yat Sen merupakan tokoh penting dan merupakan pengasas Republic of China. Kalau saya travel ke luar negara such as Hong Kong dan Taiwan juga ada memorial park Dr. Sun Yat Sen. 

-
-
-
-
-
Walaupun tak berhajat nak shopping, saya singgah ke Kobe-Sanda Premium Outlet. Harga yang ditawarkan sangat berbaloi such as kasut Adidas boleh dapat dengan harga RM130, dan kasut Nike RM109 sahaja (depends on kadar tukaran wang asing).



-
-
-
-
-
Selepas daripada outlet, saya pun menamatkan Kobe one day trip dan kembali ke Osaka. Suhu pada waktu malam sangatlah sejuk.

Mini Evian. 

No comments:

Post a Comment