April 04, 2026

Inside My Osaka Stay πŸ‡―πŸ‡΅

Apa yang unik mengenai kebanyakan hotel di Jepun ialah everything bersaiz compact. Bukan sahaja hotel, malah ruang di restoran dan saiz kenderaan juga kecil. Tapi still selesa. Mungkin sebab kebanyakan orang Jepun ni slim kot. Sebab tu mereka pilih saiz mini. Walau bagaimanapun, saiz penginapan di Jepun far more spacious than Hong Kong (particularly area Chung King Mansion). So I have no complain at all. 

Masa saya travel ke Osaka, saya menginap di dua hotel berbeza. Memandangkan saya sampai di Kansai Airport tu dah malam (9.40PM = kalau di Malaysia pukul 8.40PM)… lepas tu naik Nankai train dari airport ke Namba Station lagi… dah 44 minit. Then my GPS tetiba tak betul, sabo je la saya mencari lokasi hotel. That night suhu 8°C. Sejuk gila. Lastly berjaya juga saya jumpa hotel.

Day one in Osaka, menginap di Hotel Hillarys di Nippombashi. Price per-night + breakfast…. RM280 kalau ikut currency masa tu. Sebenarnya kalau nak lebih jimat boleh try Airbnb atau menginap di capsule hostel (jimat untuk solo traveler. Harga dalam RM100/night). Tapi kalau saya pergi travel, even traveling alone… saya prefer duduk hotel dan ada private toilet. But pernah juga saya duduk hostel dan sharing tandas. Next post saya cerita about my trip to Taiwan with my colleagues dan stay di hostel.

Hotel Hillarys. Accommodation bagus. Ada aircond, heater, toiletries, TV etc. Staf hotel juga boleh berbahasa Inggeris. Berdekatan ada convenience stores. Plus… WiFi di Japan juga sangat laju. No complain at all.

Yang ni adalah katil queen size tapi macam kecik sikit. Sesuai untuk satu orang (kalau saya la). Turut disediakan pyjama untuk pakai masa tidur.

Shower box size compact. A bit challenging masa mandi sebab saya muat-muat saja kat dalam ni. Saya rasa badan saya tak ada la besar sangat, but why? πŸ˜—

Bidet control. Always refer Google Translate in case tak faham tulisan Jepun πŸ€“

Tap water boleh minum and totally safe.

Got TV and refrigerator.

Keesokan harinya before check-out, saya pergi breakfast dulu di hotel. Buffet style. The safest choice adalah makanan berasaskan ssyur, seafood and roti instead of meat sebab tak ada tanda halal. After makan kena simpan sendiri pinggan di tempat disediakan.

So far perkhidmatan di Hotel Hillarys sangat baik. Friendly staf, bilik yang kondusif, good breakfast, location wise (dekat dengan train station dan convenience stores).
-
-
-
-
-
Hotel kedua saya di Osaka ialah Hotel WBF Namba Kuromon. Hotel WBF ada banyak cawangan di Jepun. Dan saya dah apply membership di hotel ni. Price RM260/night (ikut currency masa tu). Staf boleh berbahasa Inggeris dan sanagt friendly. Kalau dah tersampai awal but still cannot check-in, boleh minta bantuan staf untuk simpankan luggage dulu. Then boleh la pergi jalan-jalan di sekitar.

Berbanding hotel pertama, saya prefer hotel yang ni. Bilik compact but slightly bigger than the previous hotel.

Comfortable bed + pyjama.

Bathroom. More spacious dan tiada shower box, jadi lebih mudah nak mandi.

Bidet control. Kalau tak faham Japan/Bahasa Inggeris boleh pergi Google Translate πŸ€“

Masa saya stay di Hotel WBF Namba Kuromon, the staf offer me untuk pilih shampu dan bawa naik ke bilik. Shampu tu mereka letak di satu ruang berdekatan reception counter. Ada banyak jenis shampu dengan pelbagai wangian. Semuanya berjenama Lux. So I tried this purple one.
-
-
-
-
-
Add on. Selain penginapan di Japan, saya nak share juga penginapan di KLIA2 semasa menunggu penerbangan transit. Saya touch down di KLIA from Osaka dah tengah malam dan masa tu rasa penat dan mengantuk. Disebabkan penerbangan KUL-BKI kiranya lambat lagi, so I stayed at Tune Hotel KLIA. Of course bilik hotel di Malaysia more spacious than Japan. Basically all good dan berjaya tidur dengan selesa.


Minimalist style. Selesa sebab nampak luas.




I can shower happily sebab saiz confirm muat dengan badan. Haha.

No comments:

Post a Comment