Dark chocolate atau coklat hitam mengandungi lebih banyak khasiat berbanding coklat biasa atau white chocolate. Bukan sahaja dark chocolate membantu mengurangkan tekanan darah, tetapi boleh mengekalkan awet muda dan mengandungi pelbagai mineral.
Dark chocolate kegemaran saya ialah Beryl’s, satu lagi produk buatan Malaysia. Rasa coklat hitam yang sedap ialah dengan kandungan 70% dark kerana tak rasa pahit sangat. Just nice. 👌🏻Saya suka makan Beryl’s dark chocolate macam gambar kat bawah ni sebab sedap, kepingan yang nipis dan tak rasa muak bila makan. Yang ni saya beli dengan harga RM9.80 sahaja. Coklat ni sedap makan dengan minuman panas. Bila dah makan sekeping, terus rasa nak ambil satu lagi.
Selain dark chocolate yang original ni, ada satu versi lagi dark chocolate sea-salt. Ada rasa masin sikit sebab ada garam dalam tu. Tapi yang sea-salt version ni tak sesuai dengan saya. Lepas makan jadi pening. Sesiapa yang ada darah tinggi saya tak sarankan makan yang versi sea-salt ni okay.
No comments:
Post a Comment