Hari ketiga di HK. Sebab saya memang jenis tak bawa baju banyak dan tak kisah kalau repeat baju dalam gambar, awal pagi saya cari dobi layan diri dulu.
Sebelum tu kalau nak baca Day 2 trip to Hong Kong, boleh klik link ini.
Dobi ni terletak di Chungking Mansion, bersebelahan dengan Mirador Mansion saja. Senang saja nak guna. Macam dobi kat Malaysia juga. Boleh bayar dengan Octopus card. Nasib baik tak ramai orang time ni. Boleh cuci kain dengan senang hati.
Dah ada detergent sedia. Jadi tak perlu bersusah payah nak pergi beli sabun cuci kain lagi.
Memandangkan cuci kain + dry pun kira ambil masa juga, jadi saya jalan-jalan di kawasan sekitar dulu. Tak banyak lagi kedai yang buka sebab masih awal kecuali 7 Eleven. Sempat la membeli snek.
The famous Chungking Mansion. Dalam ni ada restoran halal, money changers, kedai runcit, rumah orang etc. Antara mansion paling crowded kat sini la.
Masa mula-mula saya ke HK (2016), saya tak tau rupanya guesthouse/hostel di HK terletak di dalam “mansion” atau “house”. Masa tu punyalah susah saya cari hostel yang saya dah booking di area Mongkok. Search punya search rupanya dalam bangunan besar. Dah la masa tu malam 🥲
Kedai souvenir pun buka awal di Tsim Sha Tsui. Siapa-siapa nak last minute shopping souvenir, boleh la membeli di kedai yang ada di sekitar Tsim Sha Tsui.
-
-
-
-
-
Dah settle semua kerja mencuci kain, saya memulakan perjalanan hari ni ke Hong Kong Palace Museum di Kowloon. Cara paling mudah ke sini adalah menggunakan taxi. Tapi saya lebih suka guna MTR kerana lebih jimat. Guidelines kalau nak melawat HK Palace Museum, boleh klik link ini.
Perjalananan saya dari MTR Austin Station. Kena keluar dari exit B4 atau B5. Terus pergi ke kawasan jejantas sebab muzium tu di seberang. Perjalanan dengan jalan kaki mengambil masa 15 minit. Boleh tahan juga la tapi cuaca still sejuk, jadi okay lah.
Naik jejantas 🏃♀️
Seberang lebih raya menggunakan jejantas.
Lepas tu akan nampak view ni.
Akhirnya dah nak sampai. Boleh tahan lenguh juga kaki walaupun 15 minit perjalanan. Haha. Mungkin sebab semalam dah hiking kot. Actually masa saya nak ke muzium ni, tak nampak ada pelancong lain yang ikut jalan sama. Kebanyakannya yang pergi sini adalah tour by group menaiki bas atau private car. Mungkin sebab akses untuk ke sini jauh skit dari MTR kot, sebab tu tak ramai orang. Kalau nak naik bas pun boleh juga and bus akan drop depan muzium, lebih dekat berbanding via MTR.
HK Palace Museum. Tiket boleh beli dari Klook atau walk-in. Boleh bayar guna kad kredit juga kalau tak cukup cash. Entrance fee lebih kurang RM38. Kalau nak masuk ke special punya gallery, ada fee tambahan lagi. Saya just beli ordinary ticket sahaja sebab museum ni sangat luas dan bertingkat-tingkat. Dalam muzium dibenarkan ambil gambar tapi tanpa flash.
-
-
-
-
-
Saya enjoyed tengok artifak dalam muzium ni sambil tengok short clip sejarah awal HK, China. Satu pengalaman baharu untuk saya. Dalam muzium tu ada sekuriti yang sentiasa memantau kawasan persekitaran. Sebaiknya jangan buat bising sebab ada orang jenis yang suka menghayati artifak yang ada. Kalau bising tu nanti rasa terganggu pula kan.
Sebenarnya ada banyak lagi artifak di dalam muzium ni. Saya share mana-mana yang saya sempat snap gambar sahaja. Setiap tingkat dan bilik mempamerkan barangan mengikut era, contohnya dari pemerintahan dinasti sampailah ke zaman moden. Selain koleksi barangan, muzium ni juga ada menyediakan interactive games untuk pengunjung.
Saya try tulisan kaligrafi Cina. Unfortunately masa saya melawat muzium ni, tetiba ada sekumpulan kanak-kanak sekolah buat lawatan juga. So keadaan agak bising. Jadi saya cepat-cepat elak ke galeri lain supaya tak satu team dengan budak-budak sekolah tu 😂
Boleh tengok pemandangan cantik dari balkoni muzium.
Lepas tu saya singgah beli boba tea yang dijuak di kawasan luar muzium. Sebenarnya muzium ni ada juga beberapa restoran tapi tak halal. Jadi saya cari makan kat tempat lain saja la.
On the way nak naik MTR. Kena jalan 15 minit untik sampai ke station yang saya turun tadi…
-
-
-
-
-
Lawatan ke muzium tu mengambil masa juga. Tengok-tengok dah petang. Saya ke Wan Chai sebab nak makan nasi itik halal di Wai Kee.
Gerai Wai Kee tu terletak di atas pasar, kawasan food court. Tips kalau nak ke sini better datang awal sebab kalau dah petang mereka dah nak close section (meja buka sedikit sahaja). Lepas tu end up kita kena kongsi meja dengan orang lain. The best solution is tapau saja la.
Memandangkan saya sangat lapar, saya makan kat sana juga. Peduli la kongsi meja dengan orang lain. Janji perut kenyang. Memang sedap rasa nasi itik ni. Crispy skin dan ada rasa salty. Recommended tapi waiter kurang mesra. Haha. Normal di HK.
-
-
-
-
-
On the way balik ke guesthouse. Penat gilers hari ni.
-
-
-
-
-
Malam hari meneruskan perjalanan ke Mongkok. Di Mongkok ada pasar malam Ladies Market, tapi saya tak nak ke sana. Saya nak mencari ayam goreng halal. Haha. Tapi sebelum ni nak ke Decathlon cawangan Mongkok dulu. I remember dulu pernah beli portable pillow di sini dan sangat berguna ketika travel. Saya jenis tak suka bantal rendah dan kebanyakan hostel sediakan bantal yang nipis, jadi kalau ada extra pillow sangat memberi keselesaan buat saya. Jadi saya pergi tengok bantal tu, kot ada sale.
Singgah ke Watsons membeli barangan rare yang tak ada jual di Malaysia.
Yess! Inilah dia. Portable pillow. Yang ni selesa. Tak rasa macam tidur atas plastik. Price around RM52.
-
-
-
-
-
Lepas tu saya ke shopping mall T.O.P dekat area sana juga untuk beli ayam goreng halal Popeyes Louisiana Kitchen. Ada halal certified ya. Untuk ke sini, pergi area level Basement tempat food court tu.
Finally!
Balik guesthouse terus melantak ayam goreng disamping snek lain yang ada. Ni bahaya kalau travel ke luar negara confirm akan craving ayam goreng. By the way, saya masih tak call my mom lagi. Confirm kena bising la lepas ni kenapa tak bagitau awal-awal travel ke luar negara… solo.
No comments:
Post a Comment