Friday, July 4, 2025

Sakura in Hong Kong 🇭🇰 🌸

1 Mac 2025… Tak sempat berpuasa di HK sebab Ramadan jatuh pada 2 Mac 2025. Semalam dah standby kalau puasa jatuh pada 1 Mac, kena set alarm clock untuk bangun sahur. Walaupun puasa pada 2 Mac, semua restoran halal di HK dah start tutup pada waktu siang bermula 1 Mac untuk menyambut bulan Ramadan.

Masa ni cuaca dah berapa sejuk. Sempena menunggu flight pada waktu malam, saya jalan-jalan di sekitar Tung Chung untuk tengok bunga sakura. Kalau jalan kaki dari stesen Tung Chung (Citygate Outlet) tu, ambil masa dalam 10 minit macam tu juga la untuk sampai ke Cherry Blossom Bay.

Kalau jalan kaki boleh nampak pemandangan yang cantik ni.
-
-
-
-
-
Unfortunately, bunga sakura dah mula gugur waktu ni dan dah tumbuh daun hijau. Nyesal tak pergi masa day 1 di HK hari tu. Sebenarnya Cherry Blossom Bay ni tak berapa siap lagi waktu ni. Banyak pokok sakura ditanam di sini sampai la ke kawasan lain di sekitar. Tapi kat tempat lain tu tiada akses untuk orang awam. Maybe tak siap lagi kot. Di bawah ni gambar sakura di sekitar Cherry Blossom Bay. Selain dijadikan tempat bergambar, kat sini boleh lepak sambil berkelah juga. 








-
-
-
-
-
Sambil tu saya sempat duduk makan ubi manis bakar 😂 Yang ni saya beli dekat area Tung Chung station. Besar gila ubi manis tu tapi memang sedap la. Harga boleh tahan. Saya kira dalam RM20 juga la sebab kira ikut timbangan. Setiap kali saya ke HK memang tak pernah miss beli ubi manis di sini. Selain tu ada juga jual telur puyuh.


Siapa nak beli ubi manis bakar boleh beli di gerai ni. Kawasan Tung Chung station, berhadapan Citygate Outlet.
-
-
-
-
-
Flight saya malam. Dalam airport memang sejuk. Airport sini dah semakin canggih. Passport pun dah main scan sendiri saja. Kalau nak cari makanan halal pula, tak banyak sangat. Foodcourt pun semua tak halal. Ada satu kiosk halal iaitu Old Town White Coffee tapi kalau naik Air Asia, memang tak dapat la merasa sebab terminal berbeza. Kiosk tu bukan di tempat foodcourt utama lepas kita masuk departure hall tu. Dia terletak kat gate 40-80. Patutlah saya cari tak jumpa.

Cuba tengok gate tu ada berapa banyak. Saya punya gate nombor 205. Kena naik train lagi untuk sampai.

Beautiful sunset.


Di terminal ni tak banyak sangat kedai untuk membeli. Ada la dalam 4-5 kedai jual souvenir dan snek untuk bawa balik tapi kebanyakan tak halal. Lepas tu ada kiosk coffee. Salah satu cara untuk saya habiskan duit syiling dan lebihan dalam Octopus Card ialah dengan membeli minuman tin. Yang ni pun boleh buat souvenir juga.

Sambil tunggu flight sambil membeli minuman tin. Cola di HK masih mengekalkan rasa seperti dulu, gas karbonat yang power.

See you next time HK!

No comments:

Post a Comment