Gerhana bulan merah terjadi apabila bumi berada tepat diantara matahari dan bulan, menyebabkan bayangan bumi menutupi bulan sepenuhnya. Bulan nampak merah kerana cahaya matahari yang terbias oleh atmosfera bumi.
Nak share gambar blood moon semasa total lunar eclipse yang saya ambil melalui telescope. My equipment: Skywatcher StarTravel 102, amik gambar melalui smartphone. Bukan gambar terbaharu blood moon, tapi saya rasa gambar ni special sebab fenomena gerhana bulan merah tak selalu terjadi di Malaysia. Masa ni around 2.30AM - 3.30AM+ saya dah duduk tercegat di tanah lapang sambil tengok suasana malam dan bintang di langit. Cuaca baik, tak ada awan berkepul-kepul… rezeki saya untuk tengok fenomena yang indah ini.
Beautiful blood moon through my telescope. Teruja tengok bulan tu bertukar jadi warna merah.
Saya tengah duduk tengok langit sambil relax. Saya boleh buat macam ni selama berjam-jam dan tak rasa bosan. Salah satu cara untuk terapi minda, disconnected from daily life and appreciate nature’s beauty.
Sebenarnya cahaya di sebelah kiri bulan tu adalah planet Marikh. Jadi masa tu boleh nampak fenomena gerhana bulan merah dan planet Marikh di sisi bulan.



No comments:
Post a Comment