November 02, 2025

Staycation at Nepenthes Villa, Sutera Sanctuary Lodges Kinabalu Park 🏡

Kalau nak cari tempat healing yang cantik, view Mountain Kinabalu dari jarak dekat dan lebih privacy di Kundasang, boleh ke Sutera Sanctuary Lodges @ Kinabalu Park. Saya dah beberapa kali staycation kat sini dan usually akan stay di Hill Lodge sebab nak tengok pemandangan indah Gunung Kinabalu. But this time saya pilih untuk stay di Nepenthes Villa. Satu rumah boleh accommodate sehingga empat orang sebab ada dua bedrooms. Kalau nak yang lebih kecik boleh amik Nepenthes Suite (accommodate up to two persons). Price per night untuk villa ini ialah RM1,000+.

Sutera Sanctuary Lodges mempunyai beberapa jenis bilik dan rumah. Nak tau lebih lanjut tentang accommodation di sini, boleh layari laman web Sutera Sanctuary Lodges

Welcome to Nepenthes Villa


Tempat ni tenang, cantik dan lebih privacy. Sesuai untuk tenangkan fikiran sambil tengok alam semulajadi.

Ini adalah master bedroom.

Dan dalam master bedroom ada toilet juga.

Yang ni twin sharing room.

Heater juga disediakan sebab kat Kundasang ni sejuk. Malam lagi sejuk.

Yang ni pantry. Boleh saja kalau nak memasak. Kalau malas nak masak, boleh ke restoran yang berdekatan atau order dari room service. But I prefer masak sendiri sebab kalau kat tempat sejuk best makan oden, sup, grill dan lain-lain makanan yang panas. 

Ruang tamu villa ni besar dan boleh berehat la puas-puas. Tak payah fikir pasal kerja lagi. Interior juga cantik dan cozy. 




Rasa macam kat luar negara.

Selain tu ada balkoni juga. Udara di luar ni sejuk dan segar. 

Unfortunately, yang tak bestnya tak boleh nampak view Gunung Kinabalu dengan jelas sebab ditutup oleh pokok-pokok. For the best view of Mt. Kinabalu, saya suggest The Hill Lodge (amik bilik yang number depan sebab kalau dah hujung sekali sama gak tak nak view gunung (ditutup pokok).

View ruang balkoni dari dalam rumah.

Kalau nak tengok Gunung Kinabalu, boleh tengok dari luar kawasan Nepenthes Villa. Boleh nampak jelas.
-
-
-
-
-
Petang tu jalan-jalan ke Kiau Gap View Monument sambil menikmati pemandangan indah Gunung Kinabalu.

700 meter Kadamaian Waterfall di kaki Gunung Kinabalu.
-
-
-
-
-
Suasana malam Nepenthes Villa. Depan villa ni ada mini garden diterangi dengan lampu.


Ada fireplace. Kalau nak minta tolong bakar unggun api, boleh call staff dari telefon. Lepas tu boleh fefeling macam kat luar negara. Overall saya berpuas hati semasa staycation di Nepenthes Villa. Customer service juga top notch. Terbaik. But I hope boleh improve sikit in terms of TV channel and WiFi service. Yang lain-lain semua superb 👌🏻💚

Next saya nak story staycation di Hill Lodge sambil aktiviti milky way hunting. 

No comments:

Post a Comment