January 10, 2026

Manfaat Menyikat Bulu Kucing 😽

Menyikat bulu kucing ni banyak memberi manfaat kepada kucing. Kalau jenis bulu panjang, disarankan untuk sikat bulu kucing dengan lebih kerap. Kalau yang jenis bulu pendek tak perlu sikat dengan kerap pun tak apa. Antara manfaat menyikat bulu kucing seperti yang berikut:

  1. Mengelakkan bulu kusut, terutama kucing yang berbulu panjang. Sekiranya bulu tak disikat akan menyebabkan bulu kusut dan bergumpal serta membuatkan kucing tak selesa.
  2. Mengurangkan hairball. Menyikat bulu kucing membantu membuang bulu mati yang masih melekat di badan kucing yang boleh menyebabkan hairball apabila kucing kerap menjilat dan menelan bulu mati tersebut. Hairball boleh menyebabkan kucing muntah dan berasa tidak selesa. 
  3. Mengurangkan bulu gugur di rumah. Menyikat bulu kucing membantu mengumpul bulu mati yang masih melekat di badan dan boleh mengurangkan bulu-bulu tersebut  berada di permukaan rumah. 
  4. Meningkatkan kesihatan kulit kerana menyikat bulu boleh merangsang pengeluaran minyak semula jadi yang menampakkan bulu kelihatan lebih berkilat dan sihat.
  5. Mengurangkan stress kepada kucing. Kucing suka kalau kita sikat bulu dia kerana memberi effect seperti di massage. Kucing akan rasa selesa dan gembira.




Hasil sikatan pada hari ini. Make sure tak “over” sikat sebab boleh menyebabkan kebotakan pada kucing.

No comments:

Post a Comment