Terlebih dahulu, saya nak ucap jutaan terima kasih kepada semua yang membantu dalam misi menyelamatkan Wing Wing, dan yang menjaga dia dengan penuh kasih sayang serta sangat prihatin dengan keadaan kesihatan dia. Semoga segala kebaikan kamu dibalas dengan rezeki yang sentiasa diluaskan. 🤍
Wing Wing ni kucing community di kawasan rumah saya. Walaupun dia tinggal di luar rumah, makan minum dia memang cukup terjaga. Jiran-jiran pun sayang dekat dia dan selalu bagi makan. Setiap kali saya balik kerja, mesti dia tunggu di parking kereta. Dia ni pemalu, tapi bila dah biasa memang manja sangat. Dari dia kecik saya selalu monitor dia sampai la dia besar.
Satu hari tu, perkara yang tak diingini berlaku. Masa saya baru nak pergi kerja, tiba-tiba saya nampak dia jalan tempang. Bila saya tengok kaki sebelah kiri dia, berdarah dan nampak seperti patah. Saya syak kena serang anjing. Masa tu memang terus rasa tak sedap hati. Tapi dalam keadaan sakit pun dia masih lapar dan minta makan, jadi saya bagi dia makan dulu. Saya terus maklumkan dekat bos yang saya mungkin masuk office lambat sikit sebab ada emergency. Kebetulan ada meeting juga pagi tu, nasib baik meeting online.
Lepas tu saya terus bawa Wing Wing ke klinik berdekatan. Doktor kata kena buat x-ray dulu untuk tengok keadaan sebenar kaki dia, tapi klinik tu tak ada perkhidmatan x-ray, jadi saya kena bawa dia ke klinik veterinar lain.
Saya sempat pergi ke sebuah klinik veterinar lain yang honestly saya TAK RECOMMEND langsung. Cara doktor bercakap dengan client memang RUDE DAN TAK PROFESIONAL, servis pula OVERPRICED. Sebelum ni saya pernah juga hantar kucing-kucing saya ke sana — ada yang sembuh, ada juga yang tak dapat diselamatkan. Tapi lepas pengalaman ni, memang saya tak akan jejak kaki lagi ke sana. Saya pun dah buat review di Google (one star definitely) dan rupanya ramai juga client lain yang kecewa dengan layanan klinik tersebut.
Disebabkan masa makin suntuk dan saya makin risau dengan keadaan Wing Wing, saya terus pergi ke BDC Veterinary Clinic di Kolombong. Walaupun klinik ni biasanya terima by appointment, tapi sebab kes Wing Wing dikira emergency, mereka tetap terima untuk walk-in. Honestly, saya sangat-sangat recommend klinik ni. Servis memang sangat bagus, doktor dan staf semua friendly, sangat membantu dan harga pun reasonable. Saya memang sangat berterima kasih dengan BDC Veterinary Clinic sebab bantu rawat Wing Wing dengan baik. 🤍 Total cost - RM2k+ but for me berbaloi kerana semuanya lengkap dijaga rapi, makanan dan pasir yang berkualiti, kucing juga dimandikan dan dibagi treat, serta everyday dapat update keadaan kucing.







No comments:
Post a Comment