Saturday, June 14, 2025

DIY Trip - Taiwan 🇹🇼 (Day 1)

Disclaimer - Trip ini dibuat pada tahun 2023. Gambar yang dikongsikan masa ni mungkin berbeza dengan keadaan sekarang.

-

-

-

-

-

Saya punya trip boleh dikira budget friendly sebab ambil masa tiket tengah promo, banyak menggunakan public transport, menginap hotel yang murah (tapi selesa dan yang penting akses dekat dengan MRT + convenience store), tak pergi shopping sakan.

Welcome to Taipei, Taiwan. Ini kali ketiga saya ke Taiwan. Memang suka pergi Taiwan sebab banyak tempat cantik, maju, fasiliti top notch, orangnya mesra terutama dengan foreigner, senang nak cari makanan halal, negara yang selamat untuk dilawati walaupun solo traveller dan Bahasa Mandarin di Taiwan same as Mandarin di Malaysia + orang Taiwan pandai cakap English.

Paling best about my trip is sebab direct flight BKI - TPE, jimat perjalanan hanya tiga jam sahaja. Masa ni dapat harga murah ke Taiwan, lebih kurang RM600+ return flight inclusive of luggage weight masa balik, makanan dalam kapal dan insurans. Saya suka bawa baju sikit sebab di Taiwan nanti boleh cuci baju di dobi layan diri. Bawa pakaian jenis ringan dan tak payah iron, each toiletries cannot exceed 100ml dan guna luggage yang lightweight. Masa balik saja saya beli luggage weight sebab nak beli kuih tart nanas dan taiyang bing (sun cake) jenama Vigor Kobo. 

Yang tak best - Masa ni typhoon season by the way. Tetiba ada taufan Hakkui nak melanda and my mom tak tau pun saya fly ke Taiwan masa ni. Lepas tu matawang Malaysia jatuh masa ni dan rasa macam barang kat Taiwan sama macam harga di Malaysia (especially outlet tak berbaloi beli). Previously masa tahun 2019 pergi boleh dapat lebih murah.

Tips ke luar negara - Ready kad kredit selain cash, install Google Translate untuk memudahkan komunikasi. Install Google Maps untuk arah jalan. Sediakan simple itinerary sebelum fly untuk rujukan.


Cara paling convenience untuk bayar public transport dan membeli barang ialah menggunakan EasyCard (fungsi macam Touch N Go). Cara termudah untuk dapatkan EasyCard ialah booking menerusi Klook dan boleh ambil di kiosk Klook di airport Taoyuan. Saya beli dengan harga RM41 dan dalam EasyCard tu sedia ada NTD200, lebih kurang RM28. Boleh top-up menerusi kiosk di mana-mana kawasan MRT.

Antara simcard atau WiFi, saya pilih WiFi sebab boleh kongsi sehingga lima device. Saya booking juga menerusi Klook, RM80 untuk lima hari dan boleh ambil di kiosk Klook (kaunter yang sama dengan EasyCard). Make sure ada kad kredit sebab staf akan secure sewaan WiFi dengan kad kredit, in-case ada sebarang kerosakan. Sediakan juga power bank dalam beg, manatau WiFi habis battery masa jalan-jalan, kan. (Please refer arahan semasa penerbangan kalau nak carry powerbank dalam flight).

Kaunter Klook di airport Taoyuan terletak di arrival hall.
-
-
-
-
-
Kalau naik MRT nak ke Taipei Main Station dari airport boleh pilih nak naik commuter biasa (murah tapi lambat sikit nak sampai sebab singgah banyak station) atau airport express (mahal sikit tapi cepat sampai). Saya ambil yang biasa saja sebab tak rush dan boleh enjoy tengok pemandangan.

New Taipei Bridge.

Dalam MRT nak ke Taipei Main Station. Masa ni penghujung bulan Ogos - awal September, jadi cuaca di Taiwan panas dan hujan. Suhu sama macam di Malaysia. 
-
-
-
-
-
-
Sampai sahaja di Taipei Main Station, benda pertama yang saya cari ialah locker tempat simpan luggage. Sebab saya malas nak bawa beg ke sana kemari sambil menunggu waktu check-in hotel, cara terbaik ialah simpan segala barang dalam locker. Taipei Main Station ni besar, jadi kena ingat luggage letak di locker yang mana satu. Sebaik-baiknya ambil gambar supaya tak lupa. Harga NTD10-NTD20 per hour, ikut saiz ruang locker.


Taipei Main Station.
-
-
-
-
-
Di kawasan Taipei banyak makanan halal yang available. Saya pergi ke restoran masakan Indonesia di Resto Blambangan, tak jauh dari Taipei Main Station. Kalau nak tau arah yang lebih tepat boleh guna Google Maps. Mula-mula ingatkan restoran ni tutup sebab pintu depan tu tutup. Tiba-tiba ada satu kakak ni keluar dan panggil masuk dalam. Restoran ni kat kawasan lorong dan di kawasan tu ada banyak lagi kedai Indonesia yang lain.




Saya order nasi goreng. NTD160, lebih kurang RM22. Makanan di Taiwan mahal skit tapi still okay berbanding Japan.
-
-
-
-
-
Selepas bersiar-siar di kawasan bandar, program pertama ialah mengunjungi Taiwan National Museum. Tiket boleh beli melalui Klook atau walk-in. Saya beli masa masa walk-in saja. Harga tiket NTD30 dan tiket boleh masuk ke main Museum dan Natural History Branch. Ni first time saya masuk ke muzium ni. 


Interior muzium yang sangat cantik. Muzium ni besar dan ada banyak sections.





-
-
-
-
-
Setelah melawat muzium, saya singgah ke Watsons. Kebanyakan produk Taiwan begitu berkualiti. Saya suka beli barang kat Watsons yang tak ada jual di Malaysia. Kalau nak beli contact lens pun boleh pilih sendiri di Watsons.


-
-
-
-
-
Kalau travel ke luar negara memang saya akan melawat 7 Eleven atau convenience store sebab di sini semuanya ada. Snek dan minuman begitu penting. Hahaha.
-
-
-
-
-
Hari dah petang dan saya nak pergi check-in hotel dulu. Saya tak kisah nak tinggal hotel mana, yang penting dekat dengan MRT, convenience store, dan yang paling penting pintu tandas tak transparent. Saya booking through Agoda. Harga untuk empat malam lebih kurang RM600.


-
-
-
-
-
Selepas berehat kat hotel, saya teruskan perjalanan ke Zhongshan District sebab teringin nak naik Miramar Ferris Wheel 🎡. Naik ferris wheel adalah wajib setiap kali travel ke luar negara. Tiket boleh beli menerusi Klook atau walk-in. Harga NTD150/weekdays atau NTD200/weekends.


Dalam ferris wheel. Kalau yang gayat tak digalakkan naik kecuali kalau nak cuba keberanian.


Boleh nampak Taipei 101.

Selain ferris wheel, Miramar centre juga ada shoppingmall dan indoor games. Sambil saya berjalan kat dalam tu, saya cari benda-benda yang rare. Ini minuman tin Sailormoon yang saya beli dari vending machine. Nak bagi ole-ole untuk kawan saya sebab dia suka Sailormoon. 
-
-
-
-
-
-
Kalau travel ke Taipei wajib pergi night market. Malam ni saya ke Banqiao Nanya night market. Kalau nak beli jajan kena tengok apa mereka jual, guna ingredient apa. Di night market susah nak cari yang ada tanda halal, jadi beli apa yang kita rasa okay dan yang penting tak rasa was-was. 

Saya beli potato ball. Yang ni memang sedap. Sampai kat Malaysia saya cari ada tak jual kat sini. Lastly jumpa yang frozen, tinggal goreng saja.







Air tebu. 😋

Jambu batu. Ni pun payah nak habiskan sebab banyak. Ada lagi jajan lain yang saya beli tapi tak sempat ambil gambar. Lepas tu kenyang, malas dah nak cari makanan berat. Makanan yang saya beli dari 7 Eleven pun masih banyak lagi. Total beli jajan di night market tak la mahal sangat. Anggaran dalam RM30.


End of day 1. Sambung keesokan harinya. Masa ni taufan tak sampai kat Taiwan lagi tapi dah ada tanda-tanda contohnya mendung dan hujan. 

Minum air putih banyak supaya kekal hydrate.

No comments:

Post a Comment