Hai. Ini adalah hasil cerapan saya iaitu planet Zuhal @ Saturn. Peralatan menggunakan teleskop Dobsonian 8 inci + barlow lens + smartphone (untuk ambil gambar). Gambar edit guna Lightroom app (mobile version), single frame... no stack photo. Bukan gambar terbaharu tapi tetap nak share.
Zoom jauh sikit nampak Saturn dengan bulan Titan, second largest moon dalam sistem solar dan lebih besar dari bulan Bumi.
Yang ini raw picture, tiada edit.
-
-
-
-
-
Nak share juga gambar Saturn menggunakan teleskop kecil Sky-Watcher StarTravel 102 + barlow lens.
Tips ketika mencerap, make sure langit cerah, tiada pencemaran cahaya dan elakkan mencerap ketika bulan penuh sebab cahaya bulan yang terang buat kita tak nampak object di langit yang hendak dicerap.
Biasanya saya akan habiskan masa dalam 2-3 jam untuk mencerap. Paling best bila buat di luar rumah, berbanding melalui tingkap sebab pemandangan lebih luas dan lebih banyak celestial objects yang kita temui.
No comments:
Post a Comment